Agenda RAND Corporation : Antara Anwar Ibrahim & Abdurrahman Wahid, siapa lebih berperanan?

Oleh AIDC

Laporan RAND Corporation (2007) menyorot dua nama Muslim Moderat yang tersohor iaitu Anwar Ibrahim dari Malaysia dan Abdurrahman Wahid aka Gus Dur (NU) dari Indonesia. Nama Gus Dur disebut beberapa kali, malah dalam bahagian lampiran laporan itu turut dimuatkan tulisan Gus Dur bertajuk “Right Islam vs Wrong Islam” yang sebelum ini pernah disiarkan dalam The Wall Street Journal pada 30 Disember 2005.

Begitulah hebatnya nama Gus Dur dalam laporan ini. Maka tidak hairan semua orientalis Amerika, termasuk John Esposito dan John Voll melabelkan Gus Dur sebagai “Bapa Demokrasi Indonesia”.

Menarik juga disebut di sini, John Esposito dan John Voll juga merupakan guru Anwar, tempat Anwar menjadi pensyarah pelawat di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat

Anwar Ibrahim (Malaysia) dan Abdurrahman Wahid (Indonesia)

Itulah dua contoh Muslim Moderat yang diiktiraf oleh laporan RAND Corporation 2007, bahkan bukan sesuatu yang mengejutkan kerana kedua-dua tokoh ini pernah diklasifikasikan sebagai Muslim Moderat, John Esposito sejak tahun 1998, dalam bukunya, “Makers of Contemporary Islam” (Oxford University Press, 1998). Klik di sini

Dua tokoh yang diiktiraf oleh RAND Corporation. Dua tokoh ini juga diiktiraf oleh orientalis. Seorang dari Malaysia dan seorang lagi dari Indonesia.

Dua negara yang berbeza dan sudah pasti strategi dan tindakan kedua-dua tokoh ini mempunyai stail yang berbeza, walaupun matlamatnya sama.

Gerak geri Gus Dur bersifat terbuka di Indonesia. Tetapi gerak geri Anwar lebih berhati-hati di Malaysia.

Gus Dur menyatakan terus terang hasratnya. Menentang kumpulan radikal Islam dengan kata-kata dan perbuatan. Beliau bersama seorang missionari dari Amerika, bernama C. Holland Taylor, menubuhkan LibForAll Foundation serta menaja kumpulan DEWA untuk menulis lirik-lirik lagu menentang kumpulan teroris. Klik di sini

Laman web LibForAll menyebut laporan RAND Corporation, “Building Moderate Muslim Networks” oleh Angel Rabasa telah mengesahkan strategi LibForAll Foundation, yang telah dilaksanakan di Indonesia sejak tahun 2003 mempunyai asas yang kukuh. Klik di sini

Tetapi di Malaysia berbeza. Anwar Ibrahim sering menyembunyikan strateginya terutamanya berkaitan agama, sama ada “Forum Peluk Islam” atau “Suruhanjaya Antara Agama”. Ramai yang tidak dapat membaca strateginya.

Membaca pandangan salah satu penaja Anwar, KAF (Konrad Adeneur Foundation), teknik bersembunyi sudah lama dilakukan di Malaysia untuk menjaga sensitiviti pihak-pihak tertentu.

Misalnya kes penubuhan IFC (Suruhanjaya Antara Agama), Peter Schier, wakil KAF di Malaysia dalam wawancaranya dengan The Sun (2006), mengakui badannya telah menaja penubuhan suruhanjaya antara agama sejak tahun 2003, tetapi telah dinasihati oleh pihak-pihak tertentu agar tidak mewar-warkan penglibatan yayasan Jerman itu kerana menjaga sensitiviti NGO Islam yang turut dipujuk untuk terlibat sama.

Sekiranya penglibatan KAF diwar-warkan secara terbuka, kemungkinan besar hasrat memujuk mereka (NGO Islam) akan gagal, kerana akan dipersoalkan kenapakah yayasan Kristian dari Jerman yang berkaitan dengan dana Yahudi antarabangsa – AJC (American Jewish Committee) boleh menjadi penganjur ? Pengakuan Peter Schier, klik di sini

Itulah beza strategi antara kedua-dua negara, walaupun sama-sama menggunakan penaja asing dari luar negara.

Dailog Antara Agama

Anwar sendiri berusaha keras mengelakkan dirinya dikaitkan dengan IFC, walaupun usaha itu digerakkan sendiri oleh badan pemikirnya, IKD (Institut Kajian Dasar) dan Bar Council dengan sokongan padu penajanya, sebuah yayasan Kristian dari Jerman-KAF.

Namun akhirnya Anwar tidak mampu berselindung buat selama-lamanya. Beliau sendiri membuat pengakuan menjadi tenaga penting dalam menggerakkan IFC dalam interbiu dengan majalah Aliran Monthly, pada 5 Jun 2007. Kata Anwar untuk menyelesaikan masalah pertikaian agama di Malaysia, cara terbaik adalah “Terima IFC”…”Sudah tentu, sekiranya anda bertanya saya, ini adalah negara bebas” Klik di sini

Barangkali Anwar berani membuat pengakuan sejujur itu kerana menyedari edaran majalah Aliran tidak meluas, apatah lagi menggunakan medium bahasa Inggeris, hanya tertumpu kepada masyarakat profesional yang kebanyakan pelanggannya bukan Melayu.

Tetapi dalam interbiu yang sama Anwar sendiri mengakui turut memujuk NGO Islam untuk mengadakan rundingan sepertimana yang pernah dilakukan oleh jawatankuasa pemandu IFC.

Kata Anwar, “Saya telah mengambil usaha untuk mengadakan dialog antara Muslim baru- baru ini. Selain dari Keadilan, PAS, JIM, ABIM, dan Muslim profesional juga terlibat…Kami juga menjemput penganjur Artikel 11 (Pakatan), IFC (Suruhanjaya Antara Agama) untuk menyertainya, dan Sisters-in-Islam; tetapi mereka enggan hadir disebabkan beberapa faktor tertentu”

Perkara yang sama juga turut ditulis Anwar di dalam blognya bertajuk “Mencari Titik Pertemuan untuk Memperbaharui Hubungan Antara Agama“; “Pada 17 Disember 2006 lalu diadakan Forum Kebebasan dan Demokrasi di Malaysia: Dialog Di Kalangan Umat Islam di Kuala Lumpur dengan kerjasama Parti Keadilan Rakyat dan Friedrich Naumann Stiftung. Saya telah menjemput wakil-wakil daripada Jemaah Islah Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia, Forum Profesional Muslim, Persatuan Ulama Malaysia, Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia Tenggara, Parti Islam SeMalaysia dan Keadilan..” Klik di sini

Persoalannya kalau benar mahu mencari kebenaran untuk berdailog antara agama, perlukah dianjurkan oleh Friedrich Naumann Stiftung, sebuah lagi yayasan Kristian penaja Anwar dari Jerman ?

Inilah yang disinis oleh Dinsman (bekas reformis pemuja Anwar), “tak kan lah nak berbincang mengenai seni dan budaya Malaysia pun kena tunggu ‘Stiftung’ juga”

“Stiftung” yang disinis Dinsman merujuk kepada Konrad Adenauer Stiftung atau Friedrich Naumann Stiftung. Istilah “Stiftung” adalah dari bahasa Jerman, dalam bahasa Melayu bermaksud yayasan.

Kalau berbincang persoalan seni dan budaya, sudah disiniskan oleh seniman, bagaimana pula dengan perbincangan agama, adakah ulama tidak memandang sinis jika dianjurkan oleh Stiftung ?

Di Indonesia, Gus Dur melalui badan pemikirnya, The Wahid Institute, menganjurkan ”Toleransi Antara Agama” pada 12 Jun 2007, di di Ritz-Carlton Hotel, Jimbaran, Bali.

Gus Dur berwacana mengenai agama bersama-sama pemimpin spiritual Hindu, Sri Sri Ravi Shankar, dan Pengarah the Pardes Institute of Jewish studies, Rabbi Daniel Lande.

Pada akhir persidangan, Gus Dur mengeluarkan kenyataan membela Yahudi dengan menjadi saksi wujudnya peristiwa holocaust.

“Saya pernah ke muzium holocaust di Tel Aviv, melihat ratusan ribu kasut. Itu menunjukkan bahawa dulu kasut itu kan dipakai orang..yang jelas, buktinya yang ada menyatakan Holocaust itu wujud..”, kata Gus Dur

Dalam masa sama Gus Dur menyelar Presiden Iran, Ahmadinejad yang mendakwa holocaust hanya mitos semata-mata. Beliau juga menyelar rakyat Palestin yang sengaja menyebarkan propaganda ditindas oleh Israel. Klik di sini

Badan pemikir anjur pluralisme

Badan pemikir Anwar, IKD secara jelas menyokong pluralisme. IKD dipimpin oleh Khalid Jaafar, bekas aktivis PKPIM dan bekas Setiausaha Akhbar semasa Anwar menjawat jawatan dalam kerajaan.

Penaja IKD pula adalah KAF, sebuah yayasan Kristian Jerman yang menjadi penaja utama badan pemikir Anwar, sejak 1984.

Kata Peter Schier, wakil KAF di Malaysia; “mereka (IKD) lebih menganjurkan satu konsep Islam yang berfikiran terbuka. Khalid Jaafar, Pengarah IKD, menamakannya sebagai ‘kesedaran Islam’, Islam Tanwiri. Saya fikir ianya satu konsep yang sangat menarik kerana menyokong pluralisme(semua agama sama). Jadi, kami menyokong perkara tersebut. Dan juga penerbitan, terutamanya terjemahan buku – buku Islam yang berorientasikan perubahan supaya (bangsa) Melayu dapat membaca buku-buku tersebut, sebagai contoh, seperti buku ini (mengambil sebuah buku Islam yang diterjemahkan “Islam & Dasar Pemerintahan”) oleh Ali (Abdul) Raziq yang berkaitan dengan hubungan di antara agama dan politik, negara dan agama” Klik di sini

Berdasarkan kata-kata Peter Schier itu, beliau sendiri mengesahkan bahawa konsep Islam Tanwiri yang direncanakan oleh IKD adalah satu rencana jangka panjang untuk mewujudkan pluralisme beragama di Malaysia.

Apatah lagi dengan usaha IKD dan KAF menerbitkan semula buku yang telah lama diharamkan di Mesir iaitu “Islam dan Dasar Pemerintahan”, karangan Ali Abdul Raziq.

Buku “Islam dan Dasar Pemerintahan”, karangan Ali Raziq diterbitkan pada 1926. Buku ini diharamkan oleh majlis ulama Mesir kerana dianggap bercanggah dengan akidah kerana pengarangnya merumuskan Konsep Negara Islam (Daulah Islamiyah) bukan anjuran Al Quran dan Sunnah. Buku ini diterbitkan semula oleh IKD dengan tajaan sepenuhnya dari KAF pada 2004 dengan terjemahan versi Arab ke Bahasa Melayu oleh Mustaqeem Mahmood Radhi, panel IKD dan pengarah Middle Eastern Graduate Center-MEGC (cawangan badan pemikir IKD). klik di sini

Ali Raziq hidup sezaman dengan Kamal Artartuk di Turki. Tujuan penerbitan buku itu sebagai menyokong usaha-usaha mensekularkan Turki oleh Mustafa Kamal Artartuk. Kerana pemikiran radikal Ali Raziq itu, beliau dikenali dalam sejarah antara pelopor Islam Liberal. Klik di sini

IKD dan KAF juga merupakan pendokong kuat penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC). KAF juga menaja MIN (Malaysian Interfaith Network ) yang menjadi flatform penyatu semua pendokong IFC, termasuk IKD, Sister In Islam, Majlis Gereja-gereja Malaysia, Rangkaian Rotary Club Bar Council dan MCCBCHS (Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism). Klik di sini dan di sini

Badan pemikir Gus Dur, The Wahid Institute diketuai oleh anaknya sendiri iaitu Yenny Wahid. Menurut Yenny, tujuan utama penubuhan badan pemikir itu adalah untuk mengembangkan pluralisme agama di Indonesia. Klik di sini

Wahid Institute mendapat tajaan daripada beberapa yayasan Amerika termasuk The Pluralisme Project, Universiti Harvard. Klik di sini dan LibForAll Foundation.

Penaja Gus Dur, LibForAll Foundation telah membawa lima orang wakil Muslim Indonesia berkunjung ke Israel. Dalam lawatan itu, C. Holland Taylor (CEO LibForAll Foundation) telah memberitahu Simon Peres bahawa Gus Dur telah mengeluarkan satu kenyataan keras tentang HAMAS. Kata Gus Dur, Indonesia adalah satu-satunya organisasi Muslim yang besar di dunia yang menolak HAMAS. Klik di sini

The Wahid Institute adalah pelopor satu badan gabungan antara agama yang dinamakan AKKBB (Aliansi Kebangsaan untuk Kebebasan Beragama dan Berkeyakinan). AKKBB ditaja oleh The Asia Foundation.(sebuah yayasan Amerika)

Antara badan-badan yang termasuk di dalam AKKBB adalah The Wahid Institute, Indonesian Conference on Religion and Peace, Jaringan Islam Liberal (JIL, Crisis Center Gereja Kristen Indonesia, Masyarakat Dialog Antara Agama, Lembaga Kajian Agama dan Jender, Konferensi Waligereja Indonesia, Komunitas Utan Kayu, Persekutuan Gereja-gereja Indonesia, Jemaat Ahmadiyah Indonesia, Tim Pembela Kebebasan Beragama, Koalisi Perempuan Indonesia (KPI), Komunitas Gereja Damai, Komunitas Gereja Sukapura, Yayasan Jurnal Perempuan dan lain-lain. klik di sini

Untuk apa Anwar sering jemput Gus Dur ke Malaysia ?

Memang tidak dapat dinafikan, hubungan Anwar dan Gus Dur amat akrab. Bahkan, Gus Dur sering berulang alik dari Indonesia ke Malaysia untuk menyatakan sokongan kepada Anwar, sama ada melibatkan kes peribadi atau parti politik.

Pada 26 Mei 2007, Gus Dur, dijemput oleh Anwar menjadi tetamu kehormat Kongres Nasional Keadilan di Sekolah Tinggi Chung Hwa, Jalan Tun Ismail Seremban. klik di sini

Gus Dur turut diberi penghormatan yang paling istimewa dan diberi ruang untuk berucap, menyuntik semangat kepada ahli-ahli PKR.

Apabila Anwar dilaporkan terlibat dalam kes liwat sekali lagi, pada 8 Ogos 2008, Gus Dur dan Sandra Day OConnor (kawan Anwar, warganegara Amerika dalam Foundation For The Future) membela Anwar dalam The Financial Times. Klik di sini

Pada 12 Ogos 2008, Gus Dur sendiri datang ke Malaysia dan berkunjung ke rumah kediaman Anwar untuk mendapat penjelasan lanjut mengenai kes liwat itu. Klik di sini

Kemudian pada 18 Ogos, Gus Dur mengeluarkan kenyataan mengatakan tindakan Saiful Bukhari bersumpah tidak mengikut cara Islam. Beliau berkata dalam sidang media di pejabat PKR, sebagai membela isu liwat Anwar. Klik di sini dan Klik di sini

Sebenarnya pandangan Gus Dur tidak menghairankan kerana di Indonesia, pandangan Gus Dur mengenai homoseksual lebih radikal. Tentang homoseksual, pandangan Gus Dur disuarakan oleh Ketua Muslimah Nahdatul Ulama, Dr. Siti Musdah Mulia yang memfatwakan bahawa homoseksual tidak diharamkan oleh Islam. Pandangan ini telah ditentang oleh majoriti umat Islam Indonesia. Klik di sini

Untuk kupasan umum, rujuk artikel yang ditulis sebelum ini bertajuk “Strategi RAND Corporation kaderkan Anwar Ibrahim sebagai Muslim Moderat”. Klik di sini

Nota : Diharap dapat membaca serta mengkaji sendiri laporan RAND Corporation versi asal dalam bahasa Inggeris. Laporan bertajuk, “Building Moderate Muslim Network”, setebal 217 halaman, dibahagikan kepada 10 bab. Laporan asal klik di sini

AIDC
16 Disember

Artikel dahulu :

1. Strategi Rand Corporation, Amerika merosakkan Islam di Indonesia

2. Anwar Ibrahim : Ke mana haluan perjuangan Islam ?

3. Modus operandi Amerika & RAND Corporation di Indonesia

5 Comments

Filed under Anwar & Islam

5 responses to “Agenda RAND Corporation : Antara Anwar Ibrahim & Abdurrahman Wahid, siapa lebih berperanan?

  1. Norman

    Ahli2 politik ‘talam dua muka’ yg menggunakan jenama Islam utk kepentingan peribadi mempunyai jaringan kerjasama tersembunyi dan perlu diawasi terus agar bahayanya dapat dibendung. Bertaliaruskan ‘pusat awalnya’ di Turki, para ulama dan umara harus berwaspada kerana ia mendapat sokongan daripada golongan orientalis dan disokong bagai api dlm sekam oleh pihak-pihak “Islam samar2” spt Ahmadiah/Qadiani, Sisters-in-Islam dsbnya.

  2. Pingback: Anwar Ibrahim & Projek Islam Liberal Malaysia? | AIDC

  3. Pingback: Justifikasi Anwar Pro Israel Adalah ‘Muslim Sekular’ | MINDA AIDC

  4. Pingback: Irshad Manji Buka Networking Anwar.. | MINDA AIDC

  5. ustazzahar

    Reblogged this on Catatan Kehidupan and commented:
    Anwar Ibrahim: Apa kata RAND Corporation?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s