Perjanjian Anwar & penaja, jika jadi PM 16 September

Anwar bersama salah satu penajanya FNF. Dari kiri, Dr. Irmgard Schwaetzer, Anwar Ibrahim, Hubertus von Welck dalam persidangan tahunan FNF di Kuala Lumpur beberapa tahun lepas. Dr. Irmgard Schwaetzer adalah Member of the Board of the FNF, Potsdam, Germany. Hubertus von Welck adalah FNF’s Regional Director for East and South East Asia. Turut hadir wakil dari Malaysia adalah Anwar Ibrahim, Zainah Anwar, Dr. Patricia Martinez, dan Malik Imtiaz

Sekurang-kurang dua penaja utama Anwar Ibrahim dalam membina karier politiknya di Malaysia. Kedua-dua itu adalah dari blok Amerika dan blok sekutu Amerika.

Penaja utama dari Amerika adalah NED (National Endowment for Democracy), IRI (International Republican Institut), NDI (National Democracy Institute)dan Asia Foundation.

Manakala blok sekutu Amerika pula terdiri daripada KAF (Konrad Adenauer Foundation), FNF (Friedrich Naumann Foundation), SPF (Sasakawa Peace Foundation) dan lain-lain lagi.

Untuk memahami lebih lanjut mengenai operasi penaja-penaja itu membantu Anwar di dalam dan luar negara, sila baca artikel sebelumnya bertajuk Dari Permatang Pauh ke Putrajaya : Anwar jadi PM 16 September ?

Latar belakang penaja Amerika

Penaja utama dari Amerika kebanyakan dikawal oleh Yahudi. NED merupakan badan induk yang mengawal beberapa penaja lain termasuk NDI dan IRI. Ketiga-tiga badan penaja ini merupakan badan sah yang diwujudkan oleh kerajaan Amerika dengan bantuan peruntukan kewangan secara khusus.

Penaja yang bertema ‘memerangi terorisme’ dan ‘menyemai demokrasi’ ini, telah terbukti sebagai instrumen kerajaan Amerika ‘menakluk melalui pilihanraya’ dalam sesebuah negara yang menjadi targetnya.

Presiden Bush berucap di Majlis NED sambil diperhatikan oleh Pengerusi NED, Vin Weber.

NED dikawal oleh Yahudi Amerika iaitu Vin Weber (Pengerusi) dan Carl Greshman (Presiden). Kedua-dua tokoh ini merupakan Yahudi beraliran Zionis atau Neo-Konservatif yang memegang prisip “Regime Change” (Perubahan kerajaan). Salah seorang ahli neo-konservatif adalah Paul Wolfowitz.

Mereka merupakan tulang belakang “Project for the New American Century” (PNAC) yang bercita-cita menjadi Amerika sebagai kuasa Tunggal di dunia.

Vin Weber, Carl Greshman dan Paul Wolfowitz merupakan kawan baik Anwar Ibrahim, sebab itu mereka telah melantik Anwar sebagai Panelist iaitu sebagai ahli jawatankuasa NED yang sering menjadi moderator dan penceramah anjuran badan itu.

Anwar (kiri sekali) termasuk salah seorang anggota ahli panel NED. Hanya Anwar dan Zainab Bangura (perempuan berkulit hitam dan bertudung),yang beragama Islam, sedangkan majoriti yang lain adalah Yahudi dan Nasrani. Turut kelihatan dalam foto adalah Lorne Craner, Presiden IRI (berdiri di belakang, no 5 dari kiri),Carl Gershman, Presiden NED (berdiri di tengah di depan patung). NED dan IRI merupakan dana Amerika yang dikawal oleh Yahudi, Neo-Konsevatif, Amerika, sebagai alat baru menakluk negara tanpa peperangan. Di negara-negara Islam, NED membawa agenda “Islam dan Demokrasi’ dengan memberi bantuan kepada NGO, individu dan parti yang disokongnya. Bantuan NED dan IRI dalam pilihanraya sesebuah negara berjaya menaikkan proksi yang akan pro kepada Amerika Syarikat.

Oleh kerana Anwar termasuk sebagai salah seorang ahli jawatankuasa NED, maka beliau berhak mencadangkan idea-idea bagaimana cara-cara yang berkesan untuk ‘menakluk’ negara luar khususnya negara Islam.

Untuk memahami apakah yang dimaksudkan dengan neo-konservatif, PNAC, “Regime Change” serta peranan Zionis Amerika menakluk negara luar dicadangkan menonton video yang telah dialih bahasa ke Bahasa Melayu seperti di bawah :

Penaja NDI juga dikuasai oleh Yahudi iaitu Madeleine K. Albright (Pengerusi) dan Kenneth D. Wollack (Presiden). Lebih menarik lagi Kenneth Wollack merupakan pengarah undang-undang badan pelobi Israel terkemuka di Amerika iaitu AIPAC (American Israel Public Affairs Committee)

Video di bawah ini menjelaskan bagaimana Yahudi Neo-konservatif, Paul Wolfowtiz dan Carl Gershman menaja dan memperalatkan Anwar di Amerika Syarikat bertujuan untuk melumpuhkan negara-negara Islam di seluruh dunia.

Penaja seterusnya adalah IRI. Di belakang IRI adalah calon pengganti Presiden Bush iaitu Senator John McCain sebagai Pengerusi dan Frank J. Fahrenkopf, Jr sebagai Presiden.

Untuk pemahaman lebih lanjut bagaimanakah IRI membantu Anwar di luar negara dan Malaysia, sila baca artikel sebelumnya bertajuk “Bagaimana IRI bantu Anwar Ibrahim jadi PM, 16 September?”

Kesemua nama yang berada di belakang tabir penaja-penaja di atas adalah Yahudi beraliran Zionis. Manakala Anwar pula menerima bantuan-bantuan daripada Zionis Amerika itu untuk membantu karier politiknya di Malaysia. Jadi dalam konteks Islam, apakah hukumnya menerima bantuan dana daripada Zionis yang telah memusnahkan negara-negara Islam lain serta membunuh beribu-ribu umat Islam di dunia ?

Latar belakang penaja sekutu Amerika

Dua penaja sekutu Amerika berpengkalan di Jerman iaitu KAF dan FNF.

kedua-dua yayasan ini merupakan think tank parti utama di Jerman yang menawarkan penajaan di seluruh dunia sebagai mematuhi perjanjian damai antara Kumpulan Israel Amerika (American Jewish Committee-AJC). dengan pihak kerajaan Jerman.

Pihak kerajaan Jerman terpaksa akur dengan AJC, sebagai ‘menebus dosa’ pembunuhan beramai-ramai Yahudi (‘holocaust’) di Jerman semasa pemerintahan Nazi.

Satu lagi penaja sekutu Amerika adalah SPF yang mempunyai dua ibu pejabat iaitu di Jepun dan Amerika.

Dana SPF ini sebagai satu cara untuk tunduk kepada Amerika kerana kerajaan Jepun telah menyertai Kuasa Paksi (Axis Powers) iaitu pakatan antara Jepun, Jerman dan Itali menentang Pihak Berikat (Alliance)yang diketuai Amerika dalam peperangan dunia ke II.

Bermakna ketiga-tiga penaja yang disenaraikan di atas adalah merupakan ‘satu bentuk pampasan’ atau ‘ufti’ kepada Amerika Syarikat hasil kekalahan Jerman dan Jepun dalam peperangan Dunia ke II.

Perjanjian Anwar dengan penaja, sekiranya jadi PM

Amerika Syarikat dan sekutunya telah melabur begitu banyak wang, selepas Anwar dibebaskan dari penjara pada 2004. Bermula dari Hospital Munich, Jerman (2004), Paul Wolfowitz, pemikir dan Zionis Amerika merupakan orang pertama melawat Anwar.

Walaupun Wolfowitz ketika itu sibuk dengan tugasannya sebagai Timbalan Setiausaha Amerika, namun beliau sanggup membatalkan semua temujanjinya di Amerika semata-mata untuk berjumpa dengan Anwar di Munich, Jerman.

Pertemuan empat mata, hampir tiga jam itu merupakan titik permulaan karier politik Anwar di arena antarabangsa dengan naungan dan suaka politik daripada Amerika Syarikat.

Bacaan lanjut, hubungan Anwar-Wolfowitz itu, baca semula tiga artikel yang pernah ditulis sebelum ini iaitu “Anwar Ibrahim Malaysia : Pisau Milik Wolfowitz di Belakang Negara Asia”; “Anwar Ibrahim 100 Tokoh Dunia (TIME)” dan “Bukan setakat Condoleeza Rice..Al Gore pun sokong Anwar”

Persoalannya, dengan begitu banyak pelaburan Amerika dan sekutunya membina semula imej Anwar, apakah tuntutan penaja itu sekiranya Anwar berjaya jadi PM, 16 September ini ?

Secara umumnya tiga tuntutan yang telah diminta oleh penaja Amerika dan sekutunya iaitu pertama Malaysia mesti bersekutu kepada Amerika; kedua Pluralisme Agama dan ketiga menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) .

Malaysia mesti bersekutu kepada Amerika

Dasar Berkecuali Malaysia yang diperkenalkan sebelum ini tidak begitu menguntungkan Amerika. Walaupun Malaysia menjalinkan hubungan dagang dan diplomatik dengan Amerika, namun dalam masa sama Malaysia menjalinkan hubungan dengan negara musuh Amerika seperti Iran, China, Rusia dan lain-lain, berpandukan dasar berkecuali itu.

Apatah lagi dasar Malaysia yang diamalkan sekarang mengharamkan hubungan diplomatik dengan Israel, sedangkan Israel merupakan dalang di belakang politik Amerika. Semak senarai ini, bagaimana Israel Amerika telah menguasai hampir keseluruhan politik Amerika. Klik di sini.

Amerika mahu Malaysia hanya tunduk kepada kuasanya dan menghentikan semua hubungan diplomtik dengan negara-negara musuhnya termasuk Iran, Rusia, China dan lain-lain. Sebab itu, Amerika begitu marah apabila Menteri Pertahanan, Najib Razak membeli kapal selam dan peralatan tentera daripada Rusia. Kemarahan Amerika itu, dicerminkan melalui serangan bertubi-tubi Anwar kepada Najib di atas isu Kapal Selam dan Altantuya yang pernah dituduh sebagai salah seorang perisik KGB.

Keperluan kedua yang dikehendaki Amerika adalah soal hak minyak. Amerika sanggup berbelanja besar menawan Afghanistan dan Iraq semata-mata untuk menggali hasil minyak yang kemudiannya Amerika berjaya mengawal sepenuhnya harga minyak di pasaran dunia.

Masalahnya Malaysia juga mempunyai telaga minyak, walaupun tidak tersenarai sebagai telaga minyak yang berpengaruh di dunia, namun salah satu punca pendapatan Malaysia adalah minyak.

Apatah lagi dasar Malaysia membina PERTONAS di dalam dan luar negara, telah mencabar monopoli pedagang-pedagang minyak Yahudi Amerika yang menguasai SHELL dan pelbagai jenama lain. Hasil pendapatan utama PETRONAS adalah menawarkan kepakaran carigali minyak di luar negara, telah memberi pulangan besar kepada Malaysia, sekaligus menyaingi pedagang-pedagang minyak Yahudi Amerika.

Sebab itu, secara konsisten, Anwar berkempen untuk menurunkan harga minyak dan sasaran utamanya adalah PETRONAS. Anwar minta supaya lebih banyak keuntungan hasil minyak PETRONAS di luar negara diberi pulangan kepada rakyat. Dengan cara itu, PETRONAS akan semakin kekurangan wang dan tidak mampu lagi menjalankan operasi di luar negara.

Kemungkinan dalam jangka masa panjang PETRONAS akan bangkrap dan Malaysia terpaksa bergantung sepenuhnya kepada Amerika sebagai pedagang utama minyak di dunia. Walaupun PERTONAS bangkrap, tetapi Anwar sebagai PM mampu meminjam daripada mana-mana dana Yahudi Amerika terutamanya Bank Dunia dan IMF.

Ketika itulah ekonomi Malaysia bergantung sepenuhnya kepada Amerika sepertimana yang terjadi ke atas Indonesia.

Pluralisme Agama

Latar belakang penaja Anwar yang dijelaskan di atas kebanyakan dari Yahudi dan Nasrani. Perlu ditegaskan, tiada satu pun daripada penaja yang disenaraikan itu penaja Islam. Diulang sekali lagi TIADA PENAJA ISLAM !

Bermakna Anwar menerima dana daripada bukan Islam daripada Yahudi dan Nasrani. Kenapa Yahudi dan Nasrani begitu bermurah hati menaja Anwar, seorang Muslim Moderat, datang dari negara Malaysia yang meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan, Perkara 3(1), Perlembagaan Persekutuan.

Penaja Yahudi dan Nasrani dari Amerika itu juga tahu kedudukan Islam di Malaysia, Perkara 3 (1) ini, membolehkan Kerajaan Persekutuan menggunakan wang dari Kumpulan Wang Persekutuan Disatukan (Federal Consolidated Fund) pada peringkat Persekutuan dan Negeri untuk tujuan membiayai perkembangan agama Islam seperti mewujudkan beberapa institusi Islam penubuhan pusat pendidikan Islam, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM), Bank Islam, Sistem Insurans Islam (Takaful), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM).

Juga mereka tahu Kerajaan Persekutuan juga telah meninggikan martabat Islam dengan melantik seorang Menteri penuh di Jabatan Perdana Menteri bagi melaksanakan tanggungjawab berhubung hal ehwal Islam.

Begitu juga menubuhkan Jawatankuasa Penyelarasan Undang-undang Syariah yang berfungsi menjalankan tiga peringkat iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah.

Setelah latar belakang sedemikian rupa dan kedudukan Islam yang dilindungi Perlembagaan Persekutuan, penaja-penaja Yahudi dan Nasrani masih memilih untuk menaja Anwar dan partinya PKR.

Apatah motif penaja Yahudi dan Nasrani menaja Anwar dari sudut agama?

Motif mereka jelas, penaja Yahudi dan Nasrani berusaha menghakis kedudukan Islam dan Perlembagaan Persekutan dengan mempromosikan agenda baru iaitu Pluralisme Agama, Liberalisme dan Demokrasi. Lebih tepat lagi penaja mahu wujudkan PLURALISME AGAMA di Malaysia.

Apa makna Pluralisme agama?

Menurut Dr Siddiq Fadzil, bekas Presiden ABIM dan sahabat Anwar, Pluralisme (agama) merujuk usaha menyamakan semua agama dalam menerima kebenaran dan keselamatan semua agama. Klik di sini membaca tulisan beliau.

Dr Siddiq menulis usaha Pluralisme ini dipelopori oleh tokoh-tokoh seperti Rene Guenon, Titus Burckhardt, Fritjhof Schuon, Martin Ling, Seyyed Hossein Nasr dan lain-lain.

Tulisnya lagi, “pembentukan sikap dan pola fikir model (pluralis-inklusif) tersebut didorong oleh keinginan untuk menyenangkan kuasa besar dunia (khususnya Amerika) yang saat ini sedang menggila memburu mereka yang mereka labelkan sebagai ‘kaum fanatik’, ‘fundamentalis’, ‘ekstrimis’ dan ‘teroris Muslim’. Seperti yang telah lama kita sedari bahawa dalam situasi sekarang ini memang ada usaha menggubah “Islam” versi Amerika atau “Islam” yang direstui Amerika, iaitu Islam yang hilang keunggulannya, jati dirinya dan dinamika daya juangnya”


Foto atas : Anwar menerima gelaran tokoh “Muslim Democrat of the Year Award 2005” anjuran CSID dan ditaja dana Amerika NED. Foto ini menunjukkan anggota-anggota CSID, Amerika, dari kiri, Antony Sullivan, (Vice-Chair CSID), Radwan Masmoudi (President CSID), Anwar Ibrahim dan yang tidak bertudung ialah Asma Afsaruddin (Chair CSID).Foto bawah, Carl Gershman (Presiden NED) turut serta dalam perbincangan Islam dan Demokrasi yang dibentangkan Anwar. CSID atau Center for the Study of Islam and Democracy, Amerika pun boleh ditaja oleh dana yang didalangi Yahudi iaitu NED, NDI, IRI dan USAID, bermakna pengaruh Zionis mula menyusup ke dalam pertubuhan berlabel “Islam” tetapi disuntik dengan “Demokrasi”. Sungguh halus permainan Zionis ini..

Persoalannya siapa yang menjadi pelopor Islam versi Amerika di Malaysia ? Siapakah pula yang menjadi rakan baik Seyyed Hossein Nasr di Amerika ? Dan siapakah pula yang ditugaskan Amerika atas nama “Muslim Moderate” untuk memerangi kumpulan yang dilabel Amerika sebagai ‘fanatik’, ‘fundamentalis’, ekstrimis’ dan ‘teroris’.

Kalau diteliti semua ucapan-ucapan dan tulisan-tulisan Anwar semasa bekerja di Amerika selama dua tahun (2005-2007), orang yang dimaksudkan oleh Dr Sidiq itu adalah sahabat baiknya sendiri iaitu Anwar Ibrahim.

Kalau dirujuk pula kertas kerja yang ditulis oleh Prof. Madya Dr. Idris bin Zakaria, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar,Fakulti Pengajian Islam UKM, bertajuk “Liberalisme dan Pluralisme”, beliau memberi takrif yang sama dengan pendapat Dr Sidiq Fadzil.

Kertas kerja itu lebih memperincikan lagi peranan penaja mana yang giat mempromosi agenda itu. Dr Idris menyebut pelopornya “think-tank” Barat seperti “Rand Corporation”, “SIM” di Leiden, Belanda, “Institut Brooke”, Washington. D.C dan lain-lain.

Dr Idris juga mengakui bahayanya fahaman ini kerana mempersoalkan kewibawaan Majlis Fatwa Kebangsaan dan autoriti ulama. Begitu juga gagasan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama-Agama (IRC) adalah satu usaha nekad pimpinan bukan Islam untuk mencari jalan melemahkan status Islam di Malaysia.

Pada kesimpulannya Dr Idris meletakkan sasaran NGO Malaysia bernama “Sister In Islam” (SIS), adalah antara pendukung Islam liberal yang kuat mempromosikan isu kesetaraan kaum jenis lelaki dan perempuan.


Foto di atas Zainah Anwar (SIS) bersama penajanya FNF. FNF menaja Zainah dan SIS untuk perjuangkan pluralisme agama di Malaysia. Foto di bawah pula Anwar bersama penajanya FNF bergambar dalam majlis yang sama yang dihadiri oleh Zainar Anwar. Kalau Zainah hanya boleh bergambar dengan Hubertus von Welck Pengarah Serantau FNF Untuk Timur Dan Tenggara Asia tetapi Anwar boleh bergambar dengan Hubertus von Welck dan Dr. Irmgard Schwaetzer Salah seorang Ahli Lembaga FNF Pusat dari Jerman.

Benar SIS adalah mata rantai barat yang mendokong pluralisme dan Islam Liberal di Malaysia. Tetapi adakah setakat SIS ? Adakah penaja barat mencari tokoh yang lebih berwibawa daripada Zainah Anwar, Pengarah Eksekutif SIS ?

Lebih tepat lagi, penaja barat lebih berminat menaja Anwar Ibrahim berbanding Zainah Anwar kerana bakat dan ketokohan serta pengaruh politik mereka berbeza.

Mari kita selidiki apakah kaitan badan penaja pluralisme seperti yang dinyatakan dalam kertas kerja itu dengan Anwar.

Anwar Ibrahim berkait rapat dengan “Rand Corporation”, dan “Institut Brooking”. Malah think tank Anwar iaitu Institut Kajian Dasar (IKD) dan Bar Council terlibat secara langsung dalam penubuhan “Suruhanjaya Antara Agama-Agama (IRC)” seperti yang tercatat dalam kertas kerja itu. Apatah lagi IRC ditaja oleh Konrad Adenauer Foundation (KAF) yang merupakan salah satu penaja Anwar Ibrahim.

Untuk mengetahui lebih lanjut modus operandi pluralisme di Malaysia dan penajaan Suruhanjaya Antara Agama-agama (IRC) serta kaitannya dengan Anwar melalui think tanknya IKD, Majlis Peguam dan KAF, sila tonton video di bawah:

Kaitan Rand Corporation dan Anwar

Bahkan jika diteliti dalam kertas kerja terbitan Rand Corporation bertajuk, “Building moderate Muslim networks”, usaha badan itu adalah menyemai pluralisme dengan mewujudkan rangkaian “Muslim Moderate” di seluruh dunia.

Menurut kertas kerja itu “Muslim Moderate” adalah golongan muslim yang hanya menerima sistem perundangan sivil serta menolak sistem perundangan syariah.

Persoalannya, siapakah tokoh “Muslim Moderate 2005” yang ditaja oleh NED di Amerika ?Jawapannya tokoh itu tidak lain tidak bukan adalah Anwar Ibrahim. Malah semasa menyaksikan penerimaan anugerah itu, penaja-penaja lain turut hadir iaitu Andrew Natsios (Pegawai Tadbir USAID) dan Lorne Craner (Presiden IRI).

Dalam kertas kerja itu menggariskan “Muslim Moderate” menolak Mahkamah Syariah, sedangkan di Malaysia mempraktikkan dwi mahkamah iaitu mahkamah sivil dan mahkamah syariah.

Jadi apakah pendirian Anwar sebagai Muslim Moderate terhadap mahkamah Syariah ?

Anwar ketika diwawancara Stephen Sackur dalam rancangan BBC HARDtalk interview pada 10 Mei 2005 menjelaskan kedudukan Mahkamah Syariah di Malaysia bergantung kepada keputusan rakyat. Jika rakyat mahu mengekalkannya maka, Mahkamah Syariah itu akan kekal tetapi jika rakyat Malaysia memilih untuk meminda dan memansuhkannya maka boleh dipinda atau dimansuhkan.

Menurut Anwar beliau lebih percaya kepada Perundangan Persekutuan dan Kebebasan Agama berbanding dengan Mahkamah Syariah.

Bermakna kedudukan Mahkamah Syariah di Malaysia bergantung kepada siapa yang memerintah negara, jika dikuasai oleh Anwar dan DAP dan jika diusulkan agar Mahkamah Syariah dipinda atau dimansuhkan maka Anwar tidak menghalang perkara itu.

Untuk mengetahui lebih lanjut pendirian Anwar terhadap Mahkamah Syariah sepeprti yang diucapkan dalam BBC HARDtalk interview itu, sila tonton video di bawah :

Kes Murtad dan Anwar

Persoalan ini juga merupakan satu polemik besar yang melanda Malaysia kerana terdapat pertindihan antara Mahkamah Sivil dengan Mahkamah Syariah dalam kes murtad.

Dari kiri, Lina Joy, perempuan Melayu yang murtad dan peguam pemerhati mewakili Majlis Peguam (Bar Council), Malik Imtiaz Sarwar (kanan). Malik berjaya menguasai Majlis Penguam dan menjadi Pengarah Hak Asasi Malaysia (HAKAM). HAKAM pula ditaja oleh NED, FNF dan Asia Foundation. Beliau juga merupakan penggerak ‘Kumpulan Artikel 11 & IFC’yang ditaja KAF. Selain Malik, dua orang peguam pemerhati Majlis Peguam yang mewakili Lina Joy adalah Harris Ibrahim dan Pawan Chik Marican. Malik, Harris dan Pawan Chik Marican merupakan penyokong kuat Anwar. Jadi Anwar merupakan dalang di sebalik IFC Malaysia kerana penggerak utama IFC adalah Majlis Peguam dan IKD yang turut ditaja oleh penaja sama Anwar.

Misalnya kes Azlina Jailani (Lina Joy) berlaku percanggahan pentafsiran Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan mengenai hak kebebasan beragama. Barisan peguam Azlina berhujah bahawa berasaskan jaminan kebebasan beragama di bawah Perkara 11(1), seorang individu Muslim boleh secara bebas mengisytiharkan diri keluar dari Islam dan menganut agama lain tanpa perlu terlebih dahulu memohon kepada Mahkamah Syariah.

Hujah tersebut disangkal oleh barisan peguam yang mewakili pihak kerajaan berasaskan duluan yang mengikat (binding precedent) di mana kes-kes yang melibatkan agama Islam perlu didengar di Mahkamah Syariah.

Dalam kes-kes seperti ini kebanyakan umat Islam di Malaysia menyokong cara terbaik untuk menentukan status agama seorang individu Muslim adalah Mahkamah Syariah yang mempunyai bidang kuasa eksklusif di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan.

Tetapi pendirian Anwar berbeza, dalam mana-mana kes murtad di Malaysia beliau berada di sebelah pihak bukan Islam. Anwar berada di pihak Lina Joy, isteri Moorthy dan lain-lain.

Malah Anwar dalam wawancara dengan Jim Middleton, dari Australia Network pada 27 April 2008, dengan jelas mengatakan beliau tidak bersetuju kes murtad dibicarakan di Mahkamah Syariah, kerana kebebasan beragama dan hak asasi dilindungi untuk semua rakyat Malaysia. Maksudnya Anwar bertegas, kes murtad perlu dibicarakan di Mahkamah Sivil.

Sekali lagi Anwar menegaskan kes murtad harus dibicarakan di Mahkamah Sivil dalam wawancaranya dengan Julia Kirby, Pembantu Penyelidik, Pew Forum on Religion & Public Life , pada 7 April 2006, di Washington, D.C.

Dalam wawancara itu, Anwar menegaskan kes Moorty mesti dibicarakan di Mahkamah Sivil. Beliau menyokong isteri Moorthy yang mencabar kerajaan mempertikaikan bahawa Moorthy tidak pernah menukar agama. Padanya jika dibenar ke Mahkamah Syariah, mahkamah itu tidak boleh berlaku adil kerana berpihak kepada Islam.

Begitu juga dengan “Forum Memeluk Islam”, yang diadakan oleh Bar Council baru-baru ini, Anwar setuju forum itu diadakan, meskipun majoriti umat Islam di Malaysia membantah.

Untuk mendengar sendiri pendirian Anwar mengenai isu-isu Islam termasuk “Isu Negara Islam”, “Isu Forum Memeluk Islam” dan “Isu Karikatur Menghina Rasulullah SAW”, sila tonton video di bawah.

Persoalannya adakah kedudukan Islam di Malaysia akan selamat jika Anwar dipilih menjadi PM, sedangkan beliau sendiri banyak terhutang budi dengan dana Yahudi dan Nasrani yang menajanya sebelum ini?

Apatah lagi kecurigaan semakin bertambah apabila beliau berguru dengan orientalis beragama Kristian bernama John Esposito ? Malah agenda Islam Amerika yang dibawa ke Malaysia hari ini adalah lidah orientalis yang Anwar pernah menjadi pensyarah pelawat di Center for Muslim-Christian Understanding (CMCU), Universiti Georgetown Amerika.

Untuk memahami peranan penaja dan Anwar mengembangkan projek pluralisme di Malaysia, sila baca beberapa artikel sebelum ini, iaitu, “Kenapa Anwar berguru dengan orientalis ?”, “Menafsir lawatan John L. Esposito ke rumah Anwar” , “Polemik Anwar Ibrahim & Salman Rusdie di ASIAWEEK” dan “Mengenal Anwar, kenalilah kawannya di luar negara….”

Menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Anwar sudah berjanji sekiranya beliau menjadi PM, langkah pertama yang dilakukannya adalah memansuhkan DEB dan menggantinya dengan Agenda Ekonomi Malaysia (AEM).

Menurut Anwar, DEB hanya menguntungkan golongan Melayu, sedangkan AEM yang bakal dilancarkan itu menguntungkan semua kaum, Melayu, China dan India serta kaum-kaum lain.

Berasaskan janji Anwar memansuhkan DEB inilah menyebabkan semakin ramai kaum bukan Melayu menyokong PKR kerana mereka menaruh harapan ‘sistem kouta’, ‘hak keistimewaan orang Melayu’ yang diamalkan sebelum ini akan turut terhapus.

Seperti Pulau Pinang yang diperintah oleh DAP, dasar DEB telah dihapuskan dan kekayaan negeri lebih diberikan kepada pihak yang lebih layak iaitu kaum Cina. Atau lama kelamaan seperti Singapura yang diperintah oleh PAP, “Sistem Beraja Melayu” yang pernah diamalkan sebelum ini telah dimansuhkan dan istana tinggalan Raja-raja Melayu di Singapura telah dirizab sebagai khazanah lama. Temasik yang asalnya kepunyaan raja-raja Melayu, telah bertukar menjadi “Singapore”, yang mana kehidupan orang Melayu merempat di tanahnya sendiri.


Foto atas, Teresa Kok, DAP menunjukan rasa tidak puas hati kepada tulisan Jawi di Jalan Taman Seputeh. Tulisan Jawi melambangkan Islam. Foto bawah Teresa Kok menunjukkan papan tanda yang telah dibuang tulisan Jawi. Barangkali menurut Teresa, papan tanda yang mempunyai tiga bahasa iaitu Melayu, Cina dan India sahaja melambangkan keadilan rakyat Malaysia.

Kaum Cina di Malaysia boleh memiliki universiti sendiri yang diberi nama Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), tetapi universiti “Melayu” iaitu Universiti Institut Teknologi Malaysia (UiTM), Anwar sudah janji akan dibuka kepada kaum-kaum lain.

Seperti pegangan Anwar dari sudut agama yang memihak kepada bukan Islam, dalam dasar ekonomi pun Anwar juga berpihak kepada bukan Melayu.

Pelancaran AEM ini dilakukan oleh Anwar pada 18 Februari 2006 di KLCC Convention Centre, Kuala Lumpur anjuran Open Dialogue Center (ODC), sebuah lagi think tank miliknya

Think tank Anwar, ODC ini pula ditaja sepenuhnya oleh dana Yahudi, NED.

Sebab itu, dalam artikel sebelum ini, “Anwar Ibrahim 100 Tokoh Dunia (TIME)” dirumuskan bahawa dasar Anwar menolak “Ketuanan Melayu” selaras dengan dasar menolak “affirmative action” yang diamalkan oleh Yahudi Neo-Konsevatif Amerika.

Bagi Yahudi Neocon yang berideologi Zionis, tidak dibenarkan wujud bangsa-bangsa lain di dunia ini yang lebih mulia daripada Yahudi. Hanya Yahudi sahaja bangsa paling mulia dan bangsa PILIHAN TUHAN.

Hanya bangsa yahudi sahaja boleh mengamalkan “affirmative action”, bangsa-bangsa lain tidak dibenarkan kerana mereka BANGSA KELAS KEDUA. Jadi sekiranya bangsa-bangsa lain cuba mengamalkan dasar “affirmative action”, maka usaha perlu dilakukan untuk menghapuskan dasar itu.

Sikap Anwar mengikut telunjuk Yahudi terbukti apabila mengatasi keadaan gawat ekonomi Malaysia 1997. Pada Anwar yang ketika itu Menteri Kewangan hanya meminjam dana IMF sahaja boleh membantu memulihkan ekonomi.

Maksudnya, sekiranya Malaysia pinjam dana IMF, semua dasar-dasar “affirmative action” yang diamalkan oleh kerajaan akan dihapuskan kerana IMF mewujudkan persaingan global. Tidak ada subsidi diberikan kerajaan kepada rakyat kerana IMF menuntut pulangan modal yang lebih lumayan. Ketika itu ekonomi Malaysia dikawal seluruhnya oleh Amerika.

Blogger Ibnu Hashim, turut mengeleng-geleng kepala apabila membaca email pencalonan Anwar sebagai 100 tokoh berpengaruh dunia. Kawannya bertanya, “Kenapa kau geleng-geleng kepala? Hebat sangat ke Anwar? Ibnu Hashim jawab, “Hebat lagi musuh-musuh Islam. Termasuk The TIME..”

AIDC
7 September 2008
aidceditor@yahoo.com

Leave a comment

Filed under Anwar & Cita - cita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s