Mengenal Anwar, kenalilah kawannya di luar negara

Asghar Ali Engineer dan Anwar Ibrahim

Mengenal Anwar, kenalilah kawannya di luar negara….
1. Walaupun pada hakikatnya Anwar mempunyai lebih ramai kenalan daripada Yahudi dan Nasrani, bukanlah bermakna Anwar tidak mempunyai kenalan orang Islam. Salah seorangnya ialah Asghar Ali Engineer, India.

2. Asghar Ali Engineer pernah menjemput Anwar Ibrahim untuk memberi syarahan di institut kepunyaannya iaitu Institut Pengajian Islam dan Pusat Masyarakat dan Sekularisme di Mumbai, India.

3. Beliau juga pernah menjadi pensyarah di beberapa buah universiti Amerika termasuk New York, Columbia, Chicago, UCLA, Philadelphia, Minnesota. Anwar pula pernah mengajar di John Hopkins dan Georgetown Universiti.

Anugerah

1. Asghar Ali Engineer pernah menerima anugerah penghargaan ‘R.B. Joshi inter-faith award’, ‘besides Leaders Award’ oleh Christian Organisation dan ‘The USA Award’ pada 2003. Pingat diberi berdasarkan jasa-jasanya dalam memupuk keharmonian dan persefahaman antara agama di India.

2. Anwar pula menerima ‘The Presidential Medal’ daripada Georgetown University, USA pada tahun 1996 dan ‘honorary doctorate’ oleh the Ateneo de Manila University Philippines (Universiti Kristian). Sumbangan diberi kerana jasa-jasanya mempromosi persefahaman antara agama di Malaysia

Demokrasi Islam

‘Demokrasi Islam’ merupakan satu istilah baru yang diperkenalkan oleh sarjana orientalis Amerika terutamanya John Esposito dan John Voll. Konsep ‘demokrasi Islam’ mencakupi tiga perkara utama iaitu pertama kebebasan negara dan hak asasi manusia. Kedua memperjuangkan hak-hak kewanitaan dan ketiga kebebasan dalam beragama (pluralisme).

1. Asghar Ali Engineer adalah seorang intelektual. Jadi asas perjuangan ‘Demokrasi Islam’ beliau disalurkan melalui ceramah dan penghasilan buku-buku. Antara buku-buku yang telah ditulis, ‘Islam in India : The Impact of Civilizations’, ‘Rational Approach to Islam’, ‘The Rights of Women in Islam’, ‘The Rights of Women in Islam’, ‘Islam, Women, and Gender Justice’ dan lain-lain.

2. Anwar Ibrahim pula merupakan seorang aktivis politik. Beliau berada di universiti Amerika sekadar sebagai pensyarah pelawat. Sebab itu beliau tidak menghasilkan buku-buku sebaliknya lebih banyak masa dihabiskan untuk berceramah dan menulis rencana-rencana untuk siaran majalah antarabangsa.

3. Antaranya bertajuk ‘Radical Islam in Southeast Asia’, ‘Accountability and the Future of Freedom’, ‘Universal Values and Muslim Democracy’, ‘Political Accountability and the Moral Imperative’ dan lain-lain.

4. Manakala ceramah Anwar pula bertajuk, ‘The Challenges of Islam and Democracy’,
‘Democracy and the Muslim World’,’Democracy, Human Rights, and the Destiny of Southeast Asia’,’Islam & Democracy’,’Between Tyranny and Freedom’,’Accountability and the Future of Freedom’,’Islam and Democracy’,’The Future of Muslim Democracy’ dan lain-lain.

Perjuangan hak asasi wanita

KONTROVERSI: Saida (tengah) menikahkan Naish Hasan dan Imran Ali di Lucknow, di New Delhi, India, baru-baru ini.Idea ini direstui oleh Asghar Ali Engineer.

KONTROVERSI: Aminah Wadud, menjadi imam solat Jumaat di the Episcopal Cathedral of St. John the Divine, New York, pada 18 Mac 2005. Anwar pernah mengambil ‘wanita kontroversi ini’ menjadi tenaga pengajar di the International Islamic University Malaysia, pada tahun 1990-an.

1. Selain menumpukan penulisan buku-buku berkenaan hak asasi wanita, Asghar Ali Engineer, juga dianggap ‘pakar rujuk’ oleh kaum wanita dalm soal hukum agama.

2. Beliau dikatakan telah memberi kebenaran kepada jurunikah atau kadi wanita, Dr Saida Habib yang menikahkan pasangan Naish Hasan, 34, dan Imran Ali, 35, pada satu majlis diadakan di sebuah hotel di Lucknow di New Delhi, India. Isu ini menimbulkan kekecohan di kalangan umat Islam seluruh dunia. Bacaan lanjut klik di sini

Wan Azizah, wanita pertama Malaysia menjadi ketua parti politik PKR. Beliau didokong kuat oleh anaknya Nurul Izzah dan suaminya, Anwar Ibrahim.

3. Anwar pula mengaplikasi kebebasan hak wanita, melalui pemilihan isterinya sebagai Presiden PKR. Anwar ingin membuktikan kepada Barat bahawa beliau ‘pejuang hak asasi wanita’ dengan menobatkan Wan Azizah sebagai Presiden. Dalam sejarah politik Malaysia, tidak pernah ketua parti adalah wanita, kecuali PKR.

4. Manakala seorang lagi anak perempuan Anwar, Nurul Izzah turut dipilih sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai. Berasaskan slogan emasipasi wanita ini, Anwar mampu menangkis hujah ‘kronisme’ kerana Anwar sebelum ini terkenal sebagai seorang pejuang yang sangat kuat menentang ‘kronisme’.

Pluralisme Agama

Pluralisme agama bermaksud penerimaan serta persefahaman terhadap agama-agama yang berbeza dalam sebuah negara yang berbilang agama dan dapat hidup dengan harmoni berasaskan saling hormat menghormati antara agama. Dalam konteks ini, tidak ada satu agama pun yang lebih tinggi atau lebih dominan daripada agama-agama lain. Sekiranya berlaku proses mendominasi satu agama sahaja maka akan wujud ketidakadilan antara agama. Pihak Barat memandang serius proses dominasi agama ini, lalu melancarkan projek ‘pluralisme’ dengan tajaan yayasan-yayasan tertentu bertujuan untuk menyamaratakan antara agama.

Kontradiknya, projek pluralisme banyak difokuskan kepada negara-negara yang majoritinya beragama Islam, sedangkan di negara Barat, agama lain lebih mendominasi serta menjadikan Islam agama yang tertindas.

1. Asghar Ali Engineer merupakan pejuang Pluralisme. Salah satu bukunya bertajuk ‘Islam dan Pluralisme’ telah diharamkan oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) atas alasan fakta yang terkandung dalam buku berkenaan menyeleweng daripada ajaran Islam.

Lina Joy, perempuan Melayu yang murtad dan peguam pemerhati mewakili Majlis Peguam, Malik Imtiaz Sarwar. Malik juga merupakan penggerak ‘Kumpulan Artikel 11 & IFC’. Selain Malik, dua orang peguam pemerhati Majlis Peguam yang mewakili Lina Joy adalah Harris Ibrahim dan Pawan Chik Marican. Malik, Harris dan Pawan Chik Marican merupakan penyokong kuat Anwar.

2. Anwar pula tidak menulis buku, tetapi lebih kepada pembelaan secara lisan berkesan dengan pluralisme. Sebelum ini, lebih menunjukkan sokongan kepada Lina Joy, Subashini dan keluarga S Moorthy. Beliau turut menjalinkan persahabatan dengan peguam pemerhati dari Majlis Peguam yang mewakili Lina Joy, Malik Imtiaz. Malik merupakan Presiden HAKAM (Hak Asasi Manusia)yang merupakan salah satu NGO tajaan Amerika yang sokong Anwar.

3. Anwar juga pengasas dan Ahli Pemegang Amanah seumur hidup Institut Kajian Dasar (IKD). IKD merupakan think tanknya untuk melaksanakan program-program untuk membentuk masa depan rakyat Malaysia. Selain itu, beliau memberikan sokongan kepada Majlis Peguam (Bar Council). IKD dan Majlis Peguam merupakan penganjur utama kewujudan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) di Malaysia.

4. Anwar turut menyokong ‘Forum Memeluk Islam’ yang dianjurkan oleh Majlis Peguam, walaupun majoriti umat Islam di Malaysia membantah forum tersebut. Menurut Anwar jika umat Islam Malaysia tidak boleh menerima forum itu, maknanya ada sesuatu yang tidak kena dengan penganutnya yang tidak mempunyai keyakinan untuk mempertahankan Islam.

5. Selain itu, IKD dengan kerjasama satu lagi anak syarikatnya yang dinamakan MEGC (Middle-Eastern Graduates Centre) melakukan promosi besar-besaran pluralisme di Malaysia dengan penerbitan buku-buku.

Pendokong pluralisme agamadan IFC di Malaysia. Dari kiri, Peter Schier, perwakilan Malaysia, Konrad Adenauer Foundation (KAF); Khalid Jaafar, Pengarah Institut Kajian Dasar (IKD) dan Al-Mustaqeem Mahmod Radhi, pengarah eksekutif, Middle Eastern Graduate Center (MEGC).

6. Al-Mustaqeem Mahmod Radhi, salah seorang panel pemikir IKD, bekas kolumnis Seruan Keadilan dan Pengarah MEGC, telah menulis buku-buku bercorak pluralisme. Salah satu bukunya bertajuk “Islam dan Pluralisme” telah diharamkan oleh KDN.

7. Bermakna prinsip memperjuangkan ‘Islam dan Pluralisme’ antara Anwar dan Asghar Ali Engineer adalah sama. Bezanya Asghar berjuang atas diri sendiri, tetapi Anwar menggunakan think tanknya (IKD & MEGC). Barangkali tindakan berselindung Anwar itu untuk menyelamatkan survival politiknya supaya tidak dituduh sebagai pejuang pluralisme di Malaysia.

8. Tetapi Anwar tidak boleh selama-lamanya ‘cuci tangan’ kerana badan penaja Pluralisme di Malaysia adalah badan yang sama menaja Anwar. Badan itu adalah sebuah Yayasan Kristian di Jerman iaitu Konrad Adenauer Foundation (KAF) yang turut menaja kedua-dua think tank Anwar iaitu IKD dan MEGC.

9. Asghar Ali Engineer pula pernah menulis artikel bertajuk ‘What I Believe’ memberi petunjuk bahawa beliau mempunyai pemahaman berbeza dengan aliran Islam. Antara kenyataannya: “Saya percaya perubahan keyakinan perlu dihormati” dan “Saya percaya setiap individu mempunyai hak untuk memeluk agama lain atau mempunyai pandangan tanpa sebarang halangan”

10. Beliau merupakan Pengerusi the Asian Muslim Action Network, Pengarah the Institute of Islamic Studies, dan pengarah the Center for Study of Society and Secularism di Mumbai yang bertujuan untuk mempromosikan hak asasi manusia dan persefahaman antara agama.

Foto kenangan Anwar bersama seorang rakan baiknya almarhum Muhamad Imaduddin Abdulrahim, dari Indonesia. Almarhum pernah bersama-sama Anwar mengasaskan ABIM. Almarhum telah kembali kerahmatullah pada 2 Ogos 2008 lalu.Menurut sumber berlaku perselisihan pendapat antara Anwar dan almarhum tentang halatuju gerakan Islam di peringkat global.

Kesimpulan

1. Asghar Ali Engineer dan Anwar Ibrahim adalah aset bernilai Amerika untuk menyemai benih-benih ‘demokrasi Islam’ di negara masing-masing. Benih-benih Amerika itu disuntik melalui slogan ‘hak asasi manusia’ dan ‘persefahaman antara agama’.

2. Atas persetujuan mereka untuk melaksanakan misi Amerika itu, beberapa agensi kerajaan Amerika terutamanya USAID dan CIA akan berselindung di sebalik nama yayasan bantuan kemanusiaan. Antara yayasan yang kerap membantu menjayakan agenda itu adalah Kondrad Adenuear Foundation, Sasakawa Peace Foundation, Asia Foundation, Ford Foundation dan sebagainya.

3. Berikut dilampirkan salah satu perhimpunan tahunan ‘pejuang demokrasi Islam’ di Marina Mandarin Singapura pada Mac 2006. Perhimpunan itu ditaja oleh Ford Foundation dan Sasakawa Peace Foundation.

Harap baca dan buat kesimpulan sendiri.

AIDC
25 Ogos 2008

Artikel berkaitan sebelumnya:

1. Kenapa Anwar berguru dengan orientalis ?

2. Menafsir lawatan John L. Esposito ke rumah Anwar

3. Polemik Anwar Ibrahim & Salman Rusdie di ASIAWEEK

4. Meraikan Dr. A Hamid dan Dr. Jamal..tersingkap episod Anwar IIIT

Leave a comment

Filed under Anwar & Islam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s