Kes Liwat – Anwar kata tiada kes, tetapi kenapa peguambelanya berhempas pulas?

Selepas munculnya laporan polis oleh bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan, pada 28 Jun lalu, Anwar tidak dapat tidur lena sehingga memaksa beliau berlindung di kedutaan asing.

Isterinya, Wan Azizah pun turut gelabah, seperti ibu kehilangan anak, hingga terpaksa merayu-rayu kepada kerajaan agar dapat memberi jaminan keselamatan suaminya yang telah menerima ancaman bunuh (?)

Episod ancaman bunuh lenyap, sebaik sahaja, Anwar keluar dari kedutaan asing dengan keadaan tiada riak ketakutan pun kepada si pembunuhnya. Katanya dengan lantang, isu liwat sebagai usaha mengalihkan perhatian rakyat tentang hasratnya membentuk kerajaan baru.

Beliau berkata semua ini ‘konspirasi’ untuk ‘membantut’ empat orang anggota parlimen BN melompat parti menyokongnya!

Misteri si pembunuh Anwar dan fatamorgana ‘budak Najib’

Persoalannya, siapakah si pembunuh misteri itu yang telah mengancam nyawa Anwar seperti didakwa isterinya ? Kenapa pula selepas Anwar keluar dari Kedutaan Turki, isu pembunuh misteri lenyap begitu sahaja, hinggakan Anwar mampu berceramah di dalam dan luar negara tanpa rasa takut ?

Kenapa pula Anwar hanya sebut 4 ahli parlimen BN bakal melompat parti sedangkan sebelum ini, beliau begitu angkuh beritahu media angkanya mencukupi (lebih 30 ahli BN) ?

Selepas keluar dari tempat persembunyian, Anwar laksana dewa besar, bangkit semula menangkis dengan bersungguh-sungguh segala persoalan berkaitan laporan polis bekas pembantunya itu yang didakwa ‘konspirasi’ (?), dengan bukti sekeping foto bekas pembantunya bergambar bersama ‘budak Najib’ di pejabat TPM.

Berasaskan sekeping foto itu, jentera-jentera PKR mula menggerakkan perang sarafnya mengatakan wujud teori konspirasi. walaupun tidak dapat dibuktikan secara jelas dan Anwar pula dengan lantang mendesak kesnya digugurkan.

Tetapi seperti misteri si pembunuh, cerita konspirasi dengan ‘budak Najib’ mula semakin sepi, apabila tersebar secara meluas di internet foto-foto Saiful bergambar dengan tokoh-tokoh politik lain, termasuk Shahril, Tok Pa dan Azalina.

Maknanya isu foto ‘budak Najib’ sudah tidak relevan kerana tabiat Saiful adalah bergambar dengan sesiapa sahaja yang dianggap tokoh sebagai satu koleksi peribadinya.

Sehingga ke hari ini masih lagi menjadi teka-teki, adakah Saiful merakam foto-foto eksklusif bersama bekas majikannya, Anwar Ibrahim ?. Mustahil Saiful tidak menyimpan walau sekeping foto, sedangkan Saiful dakwa, dia dibawa melawat oleh majikannya ke Hong Kong, Singapura dan Thailand ?

Untuk gambaran lebih lanjut, mengenai hubungan Anwar dan Saiful, sila baca artikel sebelumnya; Misteri hubungan Anwar & Saiful ? dan ‘Anwar tumbang kerana seorang lelaki ?’

Konspirasi Anwar dan Amerika Syarikat ?

Selepas keluarnya Anwar daripada kedutaan asing, maka bermulalah siri-siri serangan dari luar negara membela Anwar. Tom Casey,dari tirai Jabatan Negara Amerika, mengeluarkan kenyataan keras menentang siasatan atau pendakwaan ke atas Anwar dan mendesak kes itu digugurkan.

Kemudian diikuti dengan surat-surat sokongan daripada rakan-rakan IIIT yang bernaung di bawah Islamica Magazine, serta rangkaian Zionis yang menaungi agensi Amerika iaitu International Crisis Group (ICG), AccountAbility, National Endowment for Democracy (NED), International Replican Institute (IRI) dan National Democracy Institute (NDI).

Joseph Biden atau Joe Biden yang sibuk berkempen jawatan Naib Presiden Amerika pun masih sempat menghantar surat sokongan kepada Anwar. Klik di sini

Joe Biden sokong Anwar. Agensi Amerika pun sokong Anwar. Kenapa si Zionis yang sibuk berkempen jawatan Naib Presiden Amerika serta rangkaian Zionis yang berselindung di sebalik agensi Amerika itu begitu perihatin kepada Anwar ?

Sebenarnya Anwar pernah berkhidmat selama dua tahun di Amerika (2005-2007), sebaik sahaja dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada 2004.

Anwar bukan sekadar pensyarah jemputan di Universiti Amerika sepertimana yang selalu diwar-warkan kepada rakyat Malaysia, tetapi pemegang jawatan dalam badan-badan yang menyokongnya itu.

Anwar sebagai Ahli lembaga penasihat dalam Islamica Magazine, Ahli Jawatankuasa kehormat ICG, Presiden Kehormat, AccountAbility dan Ahli Jawatankuasa Panel dalam NED, IRI & NDI.

Persoalannya wajarkah badan-badan yang dianggotainya menyatakan sokongan kepada dirinya sendiri? Bukankah ini menunjukkan Anwar seorang yang sering menyalahgunakan kuasa, menggunakan badan-badan yang berkaitan dengannya untuk menyokong kepentingannya ?

Kenapa semua badan yang menyatakan sokongan kepada Anwar semuanya berpaksikan Amerika dan sekutunya, mana sokongan terhadap Anwar dari negara musuh Amerika seperti China, Iran, Syria dan sebagainya ?

Rakyat Malaysia tertanya-tanya apa kaitan Anwar dengan Amerika, sedangkan ketika Dato Harun Idris dan Dato Mohktar Hashim dikenakan pendakwaan mahkamah, Amerika tidak pernah menunjukkan sekelumit simpati pun.

Namun begitu sokongan demi sokongan Amerika itu lebih membuka pekung siapakah Anwar di kaca mata Amerika

Kalau bukan kerana road show Anwar pertahankan dirinya (sebelum dibicarakan) serta sokongan bertalu-talu daripada tokoh-tokoh Amerika, masyarakat Malaysia tidak tahu pun bahawa Anwar mempunyai perkaitan rapat dengan negara polis dunia itu.

Persoalannya apa perkaitan Anwar dengan Amerika, sehingga beliau dibela laksana ‘anak emas’ ?

Rakyat juga mempersoal, kenapa Anwar menggunakan kaedah pre-emptive iaitu satu strategi yang sering digunakan oleh Zionis Neo-konservatif Amerika dalam melakukan serangan ke atas dunia Islam.

Sebelum kes didakwa di mahkamah, Anwar telah memberi keterangan terbuka kepada rakyat di pentas-pentas ceramah. Sepatutnya keterangan Anwar diberikan di dalam mahkamah bukannya di pentas-pentas ceramah.

Sebelum Ketua Polis dan Peguam Negara meneruskan siasatan secara telus, Anwar telah membuat dakwaan ke atas mereka, kononnya mereka berdua tidak layak menjalankan siasatan dan pendakwaan kerana mempunyai kes 10 tahun lampau ?

Kenapa Anwar memfailkan dakwaan ke atas Ketua Polis dan Peguam Negara, ketika beliau menghadapi pertuduhan meliwat kali kedua ? Adakah ini cubaan beliau untuk menutup bukti?

Inilah kaedah pre-emptive, yang selalu digunakan oleh Zionis , seperti Paul Wolfowitz, (kawan baik Anwar) menyerang Iraq terlebih dahulu, kononnya jika tidak diserang, tentera Sadam Hussein akan menyerang Amerika pula!

Untuk memahami hubungan sentimental Anwar dan Amerika, sila baca artikel 1, artikel 2, artikel 3, artikel 4, dan artikel 5

Kalau tiada kes, kenapa takut ?

Usaha Anwar dan Amerika menggugurkan kes terlebih awal nampaknya gagal apabila Anwar didakwa di Mahkamah Seksyen, Jalan Duta, 7 Ogos lalu. Anwar pula tiada pilihan lain kecuali mengaku tidak bersalah !

Hakim S.M.Komathy Suppiah memutuskan Anwar wajib membayar bon peribadi sebanyak RM20,000 sebagai jaminan untuk memberi komitmen terhadap kes itu.

Perbicaran kes Anwar disambung semula pada 10 September, ketika itu pasukan peguambela Anwar, diketuai Sulaiman Abdullah meminta masa untuk menyediakan hujah-hujah kenapa kes itu tidak perlu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Hakim bersetuju dan menetapkan 24 September untuk pasukan penguambela Anwar menyediakan hujah-hujahnya.

Pada 24 September, hakim masih gagal untuk membuat keputusan hingga ditangguh kepada 7 Oktober.

Ibarat kata pepatah Melayu, ‘pukul anak sindir menantu’. Anwar dibicara di Malaysia, tetapi yang lebih terkesannya di Amerika. Sekali lagi, pentadbiran Amerika Syarikat memanggil Timbalan Ketua Misi Malaysia di Washington, Ilango Karuppannan mendapatkan penjelasan serta memberi amaran agar kes Anwar diberi keadilan sewajarnya.

Sila tonton perbicaraan 10 September yang memutuskan kes itu ditangguhkan kepada 24 September.

Sila tonton perbicaraan 24 September yang memutuskan kes disambung 7 Oktober

Kesemua tarikh-tarikh perbicaraan ini masih berkisar persoalan asas, iaitu perlu atau tidak kes itu dipindahkan dari Mahkamah Sekyen ke Mahkamah Tinggi ?. Hampir dua bulan Mahkamah Seksyen terpaksa membuang masa mendengar isu tersebut.

Nampaknya sekali lagi Anwar dan barisan peguambelanya berusaha untuk melengah-lengah perbicaraan. Kalau benar seperti dakwaan Anwar, tidak perlu melengah-lengah pendakwaan, walau di mahkamah mana sekalipun, jika sekiranya tiada kes, Anwar tidak perlu risau.

Bukti-bukti pendakwaan yang sepatutnya dikeluarkan masih belum terbuka kepada umum. Rakyat Malaysia mahu tahu benarkah wujud aktiviti liwat antara Anwar dan Saiful ? Kalau benar, apakah bukti-buktinya ?

Rakyat juga mahu tahu, siapa alibi Anwar pada tarikh yang didakwa itu, apa fungsi kondomium mewah itu dan sejauh manakah laporan siasatan Hospital Besar Kuala Lumpur benar-benar membuktikan Saiful diliwat ?

Rakyat mahukan bukti-bukti untuk membuat keputusan sendiri, sama ada benar-benar ada kes atau hanya satu konspirasi merosakkan reputasi Anwar ?

Itu yang lebih penting rakyat ingin tahu, bukannya persoalan remeh temeh seperti di mahkamah manakah sepatutnya kes itu dibicarakan!

Selagi pertikaian remeh temeh persoalan tempat mahkamah yang sewajarnya diadili, masih belum selesai, selagi itu bukti-bukti pendakwaan tidak boleh dikemukakan.

Sudah nampak sesuatu tidak kena, sedangkan Anwar kata tiada kes, tetapi barisan peguambelanya pula yang berhempas pulas mempertahankan hujah agar dikekalkan di Mahkamah Seksyen.

Kenapa penguambela Anwar bermati-matian mempertahankan agar dibicarakan di Mahkamah Seksyen, Jalan Duta ?

Nampaknya sejak dari mula pendapat Anwar berbeza dengan barisan peguamnya. Anwar kata, tiada kes, hanya konspirasi politik, tetapi barisan peguamnya kata kes ini lebih rumit daripada kes 1998. Klik di sini

Siapa yang benar, Anwar yang hanya mahir berpolitik atau barisan peguamnya yang lebih tahu selok belok undang-undang ?

Kalau benar tiada kes, kenapa Anwar membayar sampai sembilan peguam untuk membelanya sedangkan pihak pendakwaraya hanya diwakili oleh lima orang sahaja ?

Kalau benar-benar tiada kes, Anwar tidak perlu membazir wang hingga terpaksa menggunakan sembilan peguam, cukup hanya diwakili dua peguam peribadinya iaitu Sankara Nair dan Sivarasa Rasiah

Imbas kembali epilog dramatik kes liwat Anwar – Saiful

Semuanya bermula dari tarikh 26 Jun 2008. Tarikh penting bagi Saiful yang mendakwa dirinya diliwat oleh bekas majikannya. Dua hari selepas itu, 28 Jun, bekas pembantu Anwar, Saiful Bukhari buat laporan polis, jam 5.45 petang.

Apabila mengetahui bekas pembantunya buat laporan polis (bernombor 4350/08) di Balai Polis Jalan Travers, Kuala Lumpur, pada malamnya, Anwar pula melarikan diri berlindung di Kedutaan Turki. Baca artikel sebelumnya klik di sini.

Itu yang dipersoalkan oleh blogger penarik beca. Anwar dakwa punya alibi pada tarikh kejadian (26 Jun), tetapi kenapa terkincit-kincit lari ke Kedutaan Turki ?

Persoalan Alibi 26 Jun

Menurut Saiful pada tarikh itu (26 Jun), dia mendakwa diliwat oleh bekas majikannya. Kata Saiful, Anwar (bekas majikannya) meliwatnya antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, No 99, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Anwar pula secara berkias, tidak menafikan pernah pergi ke tempat yang dimaksudkan oleh Saiful itu.

Menurut peguam peribadi Anwar, Sankara Nair pula, pihaknya mempunyai alibi yang jitu pada tarikh berkenaan. Katanya sekurang-kurangnya Anwar telah berjumpa dengan “kira-kira lima orang alibi”.

Kalau berpandukan kenyataan peguam peribadi Anwar ini, sudah tentu Anwar tidak perlu takut, kerana mempunyai alibi. Sebab itu logik benar blogger penarik beca bertanya, ‘kalau sudah mempunyai alibi, kenapa masih terkincit-kincit lari ke Kedutaan Turki?’

Tetapi sepanjang tarikh 26 Jun hingga tarikh didakwa di mahkamah (7 Ogos), hujah Anwar bukan persoalan alibi, tetapi sebaliknya persoalan laporan Hospital Pusrawi.

Sepatutnya jika persoalan alibi yang lebih kukuh, Anwar boleh menepis tanpa perlu bersusah payah menggunakan dokumen Hospital Pusrawi yang tidak mempunyai kredibiliti sebagai bukti mahkamah.

Malahan Dr Osman pula dipertikaikan kepakarannya serta dipercayai rakan sekonspirasi Anwar.

Bermakna jika Anwar berhujah berdasarkan laporan Hospital Pusrawi, hujah Anwar tidak lengkap, kerana terdapat satu lagi laporan berauoriti yang turut dicadangkan oleh Dr Osman sendiri iaitu Laporan Hospital Kuala Lumpur.

Sehingga ke hari ini Anwar gagal memberi bukti menggunakan bukti sah Hospital Besar Kuala Lumpur itu.

Secara tidak langsung, Anwar sendiri mengakui alibinya tidak kuat sebagaimana yang didakwa oleh peguam peribadinya. Memang diragui alibi Anwar, kerana terdapat percanggahan antara kenyataan peguam Anwar dengan kenyataan Nurul Izzah, anak Anwar sendiri.

Peguam Anwar berkata, pada tarikh itu, Anwar berjumpa dengan sekurang-kurangnya ‘lima orang’, tetapi Nurul Izzah pula mengatakan Anwar berada dengan keluarganya pada ketika itu. Wan Azizah pula hanya tunduk, tidak mengiakan atau menafikan.

Untuk melihat bukti persoalan alibi itu, sila tonton video di bawah.

Kisah budak pembancuh kopi Anwar

Bermula dari 28 Jun, hampir sebulan Anwar terpaksa berhempas pulas mempertahankan dirinya. Kalau bukan report polis itu, tiada siapa kenal pun siapa Saiful Bukhari Azlan. Tiada siapa tahu pun tentang wujudnya ‘pusat operasi rahsia Anwar’ di Kondominium mewah di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Malah tiada siapa tahu pun wujud satu jawatan khas yang diberi nama ‘pembancuh kopi Anwar’.

Hampir sebulan juga Anwar terpaksa membuka satu persatu rahsia dalaman berkenaan fungsi Saiful sebagai ‘pembancuh kopi’ yang pada awalnya cuba disasarkan sebagai ‘budak Najib’, tetapi kemudiannya melantung semula kepada diri Anwar umpama ‘menjilat ludah ke langit, akhirnya terpercik ke muka sendiri’.

Masyarakat jadi bingung, siapa sebenarnya budak ‘pembancuh kopi’ itu kerana Anwar menyembunyikan identiti budak itu sebagai bekas pekerjanya yang telah berkhidmat sejak Mac 2008 lagi.

Siapa sebenarnya ‘budak pembancuh kopi’ itu ? Perlukan Anwar mempunyai seorang ‘pembancuh kopi khas’ yang bukan setakat kerjanya membancuh kopi untuk Anwar di rumah peribadinya Bukit Segambut dalam, atau pejabatnya di Seksyen 16 atupun di ‘kondominium rahsia’, di Bukit Damansara.

Turut dipersoalkan, kalau benarnya Saiful hanya sekadar ‘pembancuh kopi Anwar’, kenapa dia dibawa Anwar melawat ke luar negara, termasuk Hong Kong, Thailand, Singapura dan lain-lain ?

Istimewa sangatkah Saiful, hingga dilantik sebagai ‘budak pembancuh kopi’ serta mengenepikan ahli-ahli Anwar Ibrahim Club (AIC) lain yang selama ini menganggap Anwar seperti dewa ?

Itulah yang diperkatakan oleh penulis buku politik terkenal, Pak Habib, Anwar hanya menjadi Ketua Umum, sudah memerlu ‘pembancuh kopi’ khas, kalau sudah jadi PM, apa lagi jawatan yang tidak masuk akal akan diwujudkan untuk kepentingan diri sendiri ?

Walaupun Anwar cuba memperlekehkan Saiful sebagai budak pembancuh kopinya, tetapi Saiful sendiri mengakui tugasnya bukan sekadar pembancuh kopi tetapi lebih daripada itu.

Sila baca pengakuan bertulis budak pembancuh kopi berkenaan dengan bidang tugasnya yang telah diberikan oleh majikannya. Klik di sini.

Kisah di sebalik tabir penguam bela Anwar..

Pasukan peguam bela Anwar dalam kes liwat 2008, terdiri daripada Sulaiman Andullah, Sankara Nair, Sivarasa Rasiah, Saiful Izham Ramli, Amer Hamzah, Edmund Bon, Latheffa Koya, Mohd Razlan Jalaluddin dan Leela J Jesuthasan.

Peguam Anwar 2008, dari Bar Council, dari kiri Sulaiman Abdullah, bekas Presiden Bar Council (2000/1), Sankara Nair, peguam peribadi Anwar,Edmund Bon dan Amer Hamzah.

Daripada sembilan orang yang disenaraikan di atas, tiga daripadanya adalah pemegang jawatan dan aktivis PKR, iaitu Sivarasa Rasiah, Naib Presiden PKR, Latheefa Koya, bekas Timbalan Ketua AMK PKR dan Saiful Izham Ramli, bekas exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), PKR.

Peguambela Anwar, dari kiri Sivarasa Rasiah, Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli. Ketiga-tiganya pemegang jawatan dalam PKR. Maknanya peguam politik yang biasa berbohong untuk menarik undi. Tidakkan ini membayangkan Anwar merupakan pengamal kroni dan nepotisme yang kental, kerana dalam pemilihan peguambela pun diambil dari kalangan aktivis PKR, sedangkan masih terlalu ramai lagi peguam senior lain yang bersih dari elemen politik ?

Hanya dua penguam bela lama Anwar dikekalkan iaitu Sulaiman Andullah dan Sankara Nair, sedangkan tujuh yang lain merupakan peguam junior.

Peguam-peguam senior yang berpengalaman mengendalikan kes liwat Anwar 1998. Dari kiri Raja Aziz Addruse, Gurbachan Singh, Pawancheek Merican, Zainur Zakaria dan Zulkifli Nordin. Atas dasar apa mereka digugurkan oleh Anwar ? Adakah Anwar tidak berpuas hati dengan khidmat mereka, hingga Anwar tewas dalam perbicaraan kes liwat tersebut? Kenapa pula masih mengekalkan khidmat Sulaiman Abdullah dan Sankara Nair yang juga peguam lama yang menyebabkan Anwar tewas kes liwat itu. rujuk di sini

Kenapa Anwar gugurkan barisan peguam senior mengendalikan kes liwat 2008 ? Kenapa pula tidak kekalkan Zulkifli Nordin, sedangkan sebelum ini, beliau setia menjadi peguambela Anwar ?. Dari kanan Raja Aziz Addruse, Christopher Fernando, Sankara Nair, Zainur Zakaria dan Gurbachan Singh. Christopher telah meninggal dunia. Kecuali Sankara, kesemua yang lain tidak lagi menjadi peguam Anwar

Kenapa Anwar tidak mengambil semula peguam-peguam lama yang pernah mengendalikan kes liwat tahun 1998 ? Kenapa Anwar gugurkan nama peguam Raja Aziz Addruse, Zainur Zakaria dan Gurbachan Singh sedangkan mereka merupakan peguam senior yang berpengalaman ?

Kenapa pula Anwar tidak libatkan Karpal Singh anak beranak, sedangkan peguam itu disebut-sebut sebagai peguam bela yang sangat handal ?.

Benarkan dakwaan mengatakan Karpal tidak boleh menjadi penguam bela Anwar sampai bila-bila kerana beliau telah bersikap prejudis kerana pernah menuduh Anwar mempunyai kes meliwat pada tahun 1998 ?

Manakala tiga daripada senarai penguambela Anwar yang junior terdiri daripada aktivis Bar Council. Mereka adalah Amer Hamzah, Edmund Bon dan Latheffa Koya.

Bukankah penglibatan ramai aktivis peguam Bar Council ini menunjukkan hubungan Anwar dengan badan peguam itu sangat akrab ?

Foto Sivara Rasiah, Latheffa Koya dan Amir Hamzah merupakan aktivis Bar Council dan tulang belakang penganjur Forum Memeluk Islam yang turut disokong oleh Anwar. Zulkifli Nordin ditolak jadi peguambela Anwar dengan alasan menjadi Ahli Yang Berhormat, tetapi bagaimana pula dengan Sivarasa Rasiah ?

Kenapa pula nama Zulkifli Nordin digugurkan daripada senarai peguam bela Anwar, sedangkan sebelum ini beliau merupakan salah seorang penguam bela Anwar paling setia?

Bukankah pengguguran nama Zulkifli Nordin ekoran daripada sikap peguam itu membantah Forum Memeluk Islam, anjuran Bar Council, sedangkan Anwar pula bermati-matian mempertahankan supaya forum itu diadakan.

Begitu juga dengan Zainur Zakaria, Peguam Pembela Islam (PPI) menentang keras Forum Memeluk Islam dan IFC di Malaysia. Adakah faktor ini Zainur juga tidak diambil semula sebagai peguam bela Anwar ?

Bukankah Bar Council dan aktivisnya termasuk Sulaiman Abdullah merupakan pengerak awal IFC di Malaysia di mana tangan-tangan Anwar tersembunyi di belakang Suruhanjaya Antara Agama-agama itu ?

Bukankah semasa Sulaiman Abdullah menjadi Presiden Bar Council, beliau menganjurkan Forum‘Kebebasan Beragama’ dan menerbitkan jurnal khas bernama INSAF serta mengadakan satu perayaan ‘Festival of Rights’ diadakan dengan tema ‘Kebebasan Beragama’.

Bukankah mereka ini merupakan dalang penggerak IFC di Malaysia ?

Makin menarik cerita liwat Anwar-saiful ini, kerana dengan cerita itu, tersingkap pula cerita lain, termasuk Anwar & Amerika, Bar Council dan tangan Anwar di belakang IFC yang sebelum ini cuba disembunyikan.

AIDC
7 Oktober 2008
http://aidc-editor.blogspot.com
aidceditor@yahoo.com

Artikel berkaitan :

1. Anwar & Saiful mencongak tarikh 26 Jun & 24 September..

2. Kes 1998 : Pensyarah undang-undang percaya Anwar peliwat!

3. Kisah ‘coffee boy’ bernama Saiful dari kaca mata Pak Habib

4. The Truth al-Liwat Anwar – Pak Habib

Leave a comment

Filed under Anwar & Liwat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s