Kenapa Anwar berguru dengan Orientalis?

Pensyarah di the Center for Muslim-Christian Understanding (CMCU), Gergetown Universiti. Dari kiri, Zahid Bukhari, Yvonne Haddad, Shireen Hunter, John Esposito dan John Voll.

Sudah semakin jelas,siapakah Anwar dan apakah stand Anwar terhadap Islam serta siapakah guru-guru Anwar ? Guru Anwar bukan Haji Hadi atau Nik Aziz, tetapi kaum orientalis yang menetap di Amerika. Buktinya kenyataan media John L Esposito dan John O Voll yang disiarkan dalam Malaysiakini semalam menyokong seratus peratus Anwar.

Apa itu orientalis ? ‘kawan’ Islam atau ‘musuh’ Islam ?

Orientalis menurut bahasa mudah adalah orang-orang Barat (bukan Islam) yang mengkaji budaya, bahasa, agama masyarakat Timur. Selalunya muktahir ini masyarakat Timur merujuk kepada pihak Islam. Bermakna kaum orientalis adalah pengkaji-pengkaji barat yang tidak Islam mengkaji budaya, bahasa dan agama kaum Islam di Timur.

Juga jangan terkejut jika kaum kaum orientalis ini boleh menghafal Al Quran dan Hadis serta mampu memberi penterjemahan serta ulasan-ulasan yang berkaitan dengan Islam, bahkan lebih bijak daripada orang Islam sendiri. Tetapi walaupun mampu memahami Al Quran dan AsSunah serta sejarah Islam, tetapi mereka tetap Kafir (sama ada Yahudi atau Nasrani) serta tidak pernah bercita-cita untuk bersimpati kepada Islam, apatah berhasrat untuk memeluk Islam.

Sebab itu mereka digelar ‘orientalis’. Bahaya orientalis boleh merosakkan Islam dari dalam kerana mereka amat memahami budaya dan citarasa Islam.

Ustaz Zaharuddin Abd Rahman merumuskan kaum orientalis ini bahaya kepada Islam, kerana mereka mengkaji Islam bukan untuk mendapat hidayah Islam, sebaliknya mengkaji Islam untuk memahami serta mencari kelemahan-kelemahan Islam dan selepas itu diterbit buku-buku mengecam kelemahan-kelemahan Islam. Senarai buku karya orientalis dan kecaman terhadap Islam, sila klik di sini.

Dua orientalis yang sering memuji Anwar sebagai aktivis gerakan Islam Malaysia di dalam buku-buku penulisan mereka. Dari kiri, John Esposito, Pengarah Center for Muslim-Christian Understanding (CMCU), John Voll, Timbalan Pengarah CMCU dan Anwar Ibrahim, pensyarah pelawat CMCU. Ketiga-tiga mereka menjadi Georgetown Universiti sebagai pusat untuk mengembangkan agenda pluralisme ke seluruh dunia.

Siapa John L Esposito dan John O Voll

John L Esposito

John L Esposito seorang Kristian, mendapat master dalam bidang agama (theology) di St Johns University. Pada 1974, menyambung PhD di Temple University, Pennsylvania, di bawah seliaan almarhum Prof. Dr Ismail Al Faruqi (mentor Anwar dan pengasas the International Institute of Islamic Thought-IIIT)

Kepakaran Esposito dalam bidang agama khusus Islam. Kristian, Hindu dan Budhha. Di kenali sebagai ‘Father Esposito’ kerana kepakarannya dalam agama Kristian Katholik. Pernah menjadi pensyarah di the College of the Holy Cross (Catholic), Jesuit college di Massachusetts. Semasa di Holy Cross, beliau menjawat the Loyola Professor of Middle East Studies position, iaitu pengerusi Jabatan Agama (the Department of Religious Studies, dan Pengarah Pusat Pengajian Antarabangsa di Georgetown Universiti.

Kepakaran beliau dalam dua bidang iaitu perbandingan agama dan hubungan antarabangsa dan pernah menjadi Senior Scientist di the Gallup Center for Muslim Studies.

Beliau merupakan pengasas dan pengarah CMCU (the Center for Muslim-Christian Understanding, Gergetown Universiti pada tahun 1993. CMCU merupakan salah satu pusat pengajian di bawah Pusat Pengajian Antarabangsa (The Edmund A. Walsh School of Foreign Service-SFS) Georgetown Universiti

CMCU dibina melalui dana Fondation pour L’Entente entre Chretiens et Musulmans, Geneva dan the Pluralism Project Amerika.

Pada 2005, CMCU ditukar nama kepada Prince Alwaleed, Center for Muslim-Christian Understanding, kerana seorang hartawan Arab Saudi, bernama Prince Alwaleed Bin Talal, telah menyumbang derma sebanyak $20 Million kepada pusat pengajian itu.

CMCU mengadakan kerjasama dengan Department of Religion, The George Washington University

Pada 1988, beliau merupakan Presiden MESA (the Middle East Studies Association of North America dan bekas president of the American Council for the Study of Islamic Societies.

Beliau merupakan pengasas CSID (the Center for the Study of Islam & Democracy) dan pernah menjadi Naib Pengerusi dan Board of Directors CSID dari tahun 1999 hingga 2004.
Merupakan ahli the World Economic Forum’s Council of 100 Leaders and the High Level Group of the U.N. Alliance of Civilizations.

Beliau merupakan penasihat kerajaan Amerika khusus mengenai dasar-dasar luar negara Islam

John O Voll

John O Voll adalah Kristian, mendapat pendidikan di Dartmouth College (1958), master dan Ph. D dalam bidang Middle Eastern Studies di Harvard University (1960-1969).

Kepakaran beliau dalam bidang sejarah Islam dan pernah menjelajah ke seluruh pelusuk negara Islam untuk memahami sejarahnya. Pernah tinggal di Cairo, Beirut,dan Sudan.

Beliau lebih dikenali sebagai ‘orang no 2’ kepada John Esposito kerana bersama-sama membangunkan CMCU dan penyelidikan ilmiah tentang Islam.

Bersama-sama Esposito membangunkan CMCU dan dilantik sebagai Timbalan Pengarah dan Pensyarah Jabatan Sejarah Islam di institusi itu.

Menerbitkan buku bersama Esposito bertajuk “Islam and Democracy ” dan “Makers of Contemporary Islam”

Sebelum ini pernah mengajar di Universiti New Hamshire dalam pengajian Middle Eastern, Islamic, and world history. Kemudian Esposito jemput menjadi tenaga pengajar di CMCU pada 1995.

Beliau merupakan bekas presiden MESA (the Middle East Studies Association) dan NEHA (the New England Historical Association). Berliau berkhidmat sebagai the Boards of Directors of the American Council of Learned Societies, the New Hampshire Humanities Council, the New Hampshire Council on World Affairs, dan the Sudan Studies Association.

Pada 1991, beliau menerima anugerah ‘Presidential Medal’ daripada President Husni Mubarak of Egypt.

Hubungan Anwar dengan orientalis

Produk intelektual Amerika. Dari kiri, almarhum Ismail Al Faruqi (Universiti Temple), John Esposito dan Anwar (Universiti Georgetown). Almarhum Ismail Faruqi telah mati dibunuh. Menurut laporan akhbar Philadelphia Inquirer bertarikh 11 Julai 1987, Yusuf Ali (tertuduh yang didakwa membunuh) memberi keterangan dalam mahkamah bahwa dia terpaksa membunuh Al Faruqi kerana beliau terlibat mendorong kegiatan homoseksual di kalangan para pelajarnya, di Universiti Temple. Georgetown Universiti pula terkenal sebagai universiti mengkaderkan pemimpin seluruh dunia. Klik list alumni

Hubungan Anwar dengan orientalis tidak dapat disangkal lagi, terutamanya dengan John L Esposito dan John O Voll.

Hubungan Anwar dan John Esposito bermula dari 1980-an lagi melalui perantaan almarhum Ismail al Faruqi, kerana Esposito merupakan anak buah kepada Al Faruqi di Temple University. Malah Al Faruqi merupakan pendorong Esposito untuk mendalami ‘pengajian Islam’ dan menumpukan perbandingan antara Kristian dan Islam.

John Esposito bukan sahaja mendapat pandangan tentang Islam daripada Anwar, malah menjadi antara penyokong dan pelobi karier politik Anwar di peringkat Antarabangsa.

Pada 1998, beliau bersama John Voll telah menerbitkan buku khusus yang bertajuk “Makers of Contemporary Islam” sebagai bahan rujukan untuk menunjukkan Anwar merupakan salah seorang tokoh gerakan Islam yang terbilang di peringkat antarabangsa.

Sesetengah pihak berpendapat penerbitan buku itu sebahagian daripada proses lobi orientalis untuk memastikan Anwar menjadi Presiden UMNO menjelang pemilihan UMNO 1998. Tetapi harapan orientalis tidak menjadi kenyataan kerana Anwar telah dipecat UMNO kerana salah laku dan aktiviti homoseksual pada 1998.

Pada pandangan orientalis, Anwar merupakan ‘aset bernilai barat’kerana pemikiran Islamnya yang sangat liberal. Bahkan Anwarlah merupakan perancang persefahaman antara agama dan mencadangkan agar kegiatan Pluralism dipergiatkan ke atas negara Islam. Perkara ini didedahkan oleh John Esposito dalam artikelnya bertajuk ‘Unholly War’

Tulis Esposito, “Anwar Ibrahim of Malaysia suggests a pluralist solution that recalls the convivencia, the living-together, of Islam’s golden age in Spain and Sicily, where Muslims lived as neighbors with Christians and Jews. He embraces some modernist ideas, including the “information revolution” and equal rights for
women”

Kalau di Malaysia, Projek Pluralisme sangat bahaya kerana berkait dengan usaha menyamaratakan antara agama yang dikenali sebagai Interfaith Council (IFC) atau Interfaith Commission (IFC) yang ditaja oleh Konrad Adenuer Foundation (KAF), Institut Kajian Dasar (IKD) dan Bar Council. Lebih menarik lagi, KAF, IKD dan Bar Council merupakan badan pemikir dan penaja Anwar di Malaysia.

Penaja dan badan pemikir Anwar dalam mengembangkan agenda pluralisme dan IFC di Malaysia. Dari kiri, Peter Schier, perwakilan Malaysia, Konrad Adenauer Foundation (KAF); Khalid Jaafar, Pengarah Institut Kajian Dasar (IKD) dan Al-Mustaqeem Mahmod Radhi, Pengarah Eksekutif, Middle Eastern Graduate Center (MEGC). KAF sering menaja program Anwar, IKD dan MEGC khususnya berkaitan dengan seminar dan penerbitan buku. Khalid Jaafar adalah bekas Setiausaha Akhbar Anwar Ibrahim (Semasa Anwar TPM). Manakala Al-Mustaqeem Mahmod Radhi adalah bekas pelajar universiti Mu’tah, Jordan. Al-Mustaqeem adalah anak buah Khalid Jaafar yang menjadi penulis IKD dan penerbit buku-buku pluralisme melalui sayarikatnya MEGC. Di belakang IKD & MEGC ini adalah Anwar Ibrahim yang sengaja tidak menonjolkan diri supaya tidak dituduh sebagai dalang IFC Malaysia.

Malah, KAF turut menaja satu lagi badan pemikir Anwar iaitu MEGC (Middle Eastern Graduate Center)menerbitkan buku-buku berbentuk pluralisme untuk menyebarkan ideologi persamaan antara agama di Malaysia. Lebih menarik lagi pengarah MEGC, Mustaqeem Mahmood Radhi adalah penulis utama IKD (badan pemikir Anwar).

Buku-buku MEGC diharamkan oleh KDN kerana bertentangan dengan Islam. Anwar mengecam kerajaan sebagai bertindak jumud dan bebal kerana mengharamkan buku-buku itu. Sedangkan tindakan KDN berasaskan nasihat JAKIM.

Kulit buku ‘Islam Dan Dasar Pemerintahan’ ditulis oleh Ali Abdul Raziq pada 1926. Buku ini diharamkan di Timur Tengah kerana pengarang Ali Raziq merumuskan bahawa di dalam Al Quran dan Al-Hadith tidak pernah menganjurkan untuk membina sebuah negara Islam (daulah Islamiah). Majlis Ulama Mesir menfatwa buku karya Ali Abdul Raziq telah menyeleweng dan pengarangnya telah dilucutkan ijazah. Tetapi pada 2004, Institut Kajian Dasar (IKD) dengan tajaan Konrad Adenuer Foundation (KAF). Kedua-dua institut ini (IKD & KAF) menjadi badan pemikir dan penaja Anwar Ibrahim di Malaysia. Penterjemah buku itu ialah Mustaqeem Mahmood Radhi, (pengarah MEGC) yang juga merupakan pemikir IKD. Persoalannya kenapakah Anwar merestui penerbitan buku yang pernah diharamkan di Mesir itu untuk bacaan semula rakyat Malaysia ? Adakah Anwar ingin mempengaruhi pemikiran rakyat bahawa perjuangan Negara Islam tidak termaktub dalam Al Quran sepertimana berdasrkan hujah buku itu ? Kenapa pula yayasan Nasrani (KAF) berminat terbitkan itu ?

Malah sebelum ini pun badan pemikir Anwar (IKD) dan KAF telah menerbitkan buku yang pernah diharamkan di Mesir kerana bercanggah dengan Islam iaitu “Islam dan Dasar Pemerintahan”, karangan Ali Raziq. Buku ini juga diterjemahkan oleh Mustaqeem Mahmood Radhi, pengarah MEGC. Ali Raziq adalah antara pelopor Islam Liberal.

Keakraban John Esposito dan Anwar jelas ditunjukkan apabila mereka berdua menjadi Penasihat kehormat Majalah Islam Antabangsa yang dinamakan Islamica Magazine, sebuah majalah yang dipercayai disponsor oleh CIA,(berselindung di sebalik project of the Center for Intercivilizational Dialogue) dan berpusat di California.

Kewujudan “Majalah Islam’ antarabangsa itu masih lagi dicurigai matlamatnya kerana majalah itu mendapat sponsor daripada Amerika. Sejak bila Amerika bersimpati dengan dunia Islam, buktinya sudah jelas, sudah banyak negara Islam dimusnahkan oleh ‘sang dajal bermata satu’ itu.

Guru Anwar adalah kaum orientalis ?

Pada 2006, John Esposito telah mengambil Anwar menjadi pensyarah pelawat di CMCU, Georgetown University.

Kalau Anwar ingin mendalami Islam kenapa tidak belajar di Al Azhar, Madinah, Jordan atau mana-mana negara Islam yang tiada pengaruh Amerika. Kenapa mesti pilih universiti di Amerika yang kaum orientalis menjadi gurunya ?

Pengambilan Anwar oleh John Esposito tidak menghairankan kerana Esposito sudah mengenali Anwar sejak tahun 80-an lagi. Lagipun mereka berdua mempunyai ‘ikatan persaudaraan’ yang rapat kerana kedua-duanya adalah anak buah kepada almarhum Ismail AlFaruqi.

Malah pada 1996 lagi, John Esposito di CMCU, Georgtown University telah memberi anugerah ‘Presidential Medal’ kepada Anwar, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di atas usaha-usahanya mempromosi persefahaman antara agama di Malaysia.

Di CMCU, Anwar merupakan tenaga pengajar dalam bidang Islam di Asia Tenggara. Menariknya di fakulti itu hanya Anwar dan Zahid Bukhari beragama Islam, manakala semua pensyarah lain beragama Kristian dan Judaisme (Yahudi).

Antaranya Yvonne Haddad, tenaga pengajar Sejarah Islam dan Christian-Muslim Relations, John O Voll mengajar Sejarah Islam, Shireen T Hunter merupakan tenaga pengajar di bawah projek Reformist Islam yang ditaja oleh the Carnegie Corporation Of New YorkDiane Apostolos-Cappadona, dan lain-lain.

Kalau bilangan tenaga pengajar bukan Islam lebih ramai daripada Islam, bagaimana bentuk kesaksamaan dalam persefahaman antara “Muslim and Christian Understanding” ? Apatah lagi, Pengarah CMCU, John Esposito sendiri beragama Kristian dan pemikir kerajaan Amerika.

Dari segi kelayakan akademik, John Esposito lebih hebat berbanding dengan Anwar yang hanya general degree, fakulti Sastera dan Sains Sosial di Universiti Malaya. Bermakna Esposito mengambil Anwar bukan berasaskan kelayakan akademik tertapi berasaskan pengalaman dalam kegiatan Islam iaitu terlibat dalam PKPIM, ABIM,WAMY dan IIIT.

Berasaskan kedudukan akademik Esposito lebih hebat daripada Anwar, maka tidak hairan Anwar banyak berguru mengenai Islam dengan profesor Kristian itu.

Anwar terpengaruh idea Esposito mengenai “Islam dan Demokrasi”, sebab itu di negara-negara Islam, Anwar lebih gemar memilih tajuk berkaitan dengan Islam dan Demokrasi.

Kulit buku ‘Islam dan Pluralisme’. Pluralisme bermaksud persefahaman antara agama dan menganggap semua agama di dunia ini adalah sama. Sedangkan dalam al Quran meletakkan Islam lebih tinggi daripada agama-agama lain. Buku ini ditulis oleh Mustaqeem Mahmood Radhi, bekas pelajar lulusan Jordan dan pemilik syarikat Middle Eastern Graduate Center (MEGC). Mustaqeem dan syarikatnya MEGC ditaja penuh oleh yayasan Nasrani Jerman, KAF. Buku ini turut diharamkan oleh KDN, atas nasihat JAKIM kerana bercanggah dengan Islam. Tetapi Anwar Ibrahim mengkritik keputusan KDN dan JAKIM mengharamkan buku-buku ‘pluralisme’ itu dan menuduh agensi itu sebagai bebal serta buta ilmu.

Pada 2006, JAKIM telah meminta KDN mengharamkan beberapa buku karangan John Espsito yang dianggap bercanggah dengan Islam. Ketika berucap Washington D.C, Anwar turut mengecam kerajaan Malaysia mengharamkan buku-buku orientalis itu dijual di Malaysia.

Anwar juga turut kesal dengan sikap kerajaan Malaysia membatalkan ‘dialog antara agama Islam-Kristian antarabangsa” yang dijangka akan diadakan di Kuala Lumpur.

Nampaknya, Anwar lebih banyak berpihak kepada pihak musuh berbanding dengan Islam.

Persoalan sekarang adakah orientalis yang dianggap guru Anwar ini merupakan sahabat Islam atau musuh Islam ? Sepertimana kaum orientalis lain, walaupun pada luarannya John Esposito nampak seperti ‘simpati’ kepada dunia Islam, tetapi hakikatnya beliau juga merupakan musuh Islam.

Penerbitan buku-buku, walaupun pada permukaan nampak macam memuji Islam,tetapi pada akhirnya diselit unsur-unsur yang mengelirukan Islam secara halus dan tanpa disedari oleh umat Islam.

Apatah lagi peranannya sebagai penasihat Islam kepada kerajaan Amerika turut dicurigai kerana hasil nasihatnya, Afganistan dan Iraq telah dihancurkan oleh tentera-tentera Amerika.

Apatah lagi, Malaysia merupakan agama rasmi Islam tetapi Anwar berperanan seolah-olah Islam lebih kecil daripada Kristian. Sebab itu peranan Anwar memupuk persefahaman antara Islam dan Christian bukan sahaja di Amerika, bahkan di Malaysia sendiri.

Patutkah Anwar merendahkan martabat Islam dengan menaja program pluralisme dan IFC melalui IKD, MEGC dan KAF di Malaysia sedangkan di Amerika, Islam sentiasa didiskriminasi oleh agama lain walaupun usaha persefahaman antara agama giat dilakukan?

Orientalis walau nampak sebaik mana pun, agendanya tetap untuk merosakkan Islam. Walau mereka boleh hafal ayat Al Quran, boleh terjemahkan hadis-hadis nabi, boleh tulis sejarah Islam, tetapi mereka tetap tidak mahu memeluk Islam. Simpatisme mereka kepada Islam semata-mata untuk membolehkan mereka menyerap masuk ke dalam kaum Islam.

Sebab itu kena hati-hati apabila kaum orientalis puji dan beri anugerah kepada aktivis Islam. Mesti ada agenda tersirat.

Begitu juga Anwar, walau boleh mengalunkan ayat-ayat Al Quran dan menyebut hadis-hadis nabi di pentas-pentas ceramah khalayak Islam, tetapi tidak pernah terlintas di hatinya untuk menegakkan Negara Islam. Apatah lagi untuk memohon menjadi ahli PAS. Simpatimenya kepada PAS, semata-mata untuk mendapat sokongan bagi membolehkan dirinya menjadi PM.

Sebab itu apabila kaum orientalis seperti John Esposito dan John Voll, terus menyokong Anwar, perkara itu bukan mengejutkan, bahkan lebih mendedahkan ‘agenda Islam’ dan siapa guru Anwar sebelum ini..

AIDC
5 Ogos 08

Artikel berkaitan :

1. Meraikan Dr. A Hamid dan Dr. Jamal..tersingkap episod Anwar IIIT

2. Kes Liwat : Perlukan Anwar minta sokongan badan antarabangsa ?

3. Anwar Ibrahim, IIIT & Amerika Syarikat

4 Comments

Filed under Anwar & Amerika

4 responses to “Kenapa Anwar berguru dengan Orientalis?

  1. Pingback: Siapa Anwar Ibrahim 13-CIA Jesuit NWO NED IIIT « http://rmf7.wordpress.com

  2. Pingback: Anwar Pecat Zul Nordin..ada cerita sensasi bakal meletup ? | AIDC

  3. Pingback: Jaringan Antarabangsa Anwar : Homoseksual, CIA, MOSSAD, Jesuit, Zionist & New World Order | AIDC

  4. Pingback: Surat Anwar Ibrahim kepada Presiden Obama : Tuntut Dana Demokrasi Timur Tengah | AIDC

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s