Betulkah Anwar Agent Yahudi? – Siri 1

Tuduhan ini amat berat! Memang berat dan tidak patut Anwar dituduh sedemikian rupa sekiranya tidak dapat dibuktikan!

Persoalannya kenapakah tuduhan demi tuduhan bertalu-talu hala ke atas badan tubuh Anwar ? Kenapa bertalu-talu ?

Apabila penulis Barat, Mike Billington mempersoalkan hubungan Anwar dengan Paul Wolfowitz dalam tulisan “Malaysia’s Anwar Ibrahim: Wolfowitz’s Knife in Asia’s Back”, ruang keraguan makin terbuka…

Keraguan hubungan Anwar dengan tokoh-tokoh Yahudi ini bukan sahaja di kalangan parti kerajaan malah parti pembangkang sendiri.

PAS turut curagai. PRM juga tertanya-tanya. Hishmudin Rais, tidak lama dulu pernah menulis kecurigai ini di Malaysiakini. Apatah lagi blogger-blogger dan rakyat biasa.

Dokumen Anwar dan Wolfowitz penah diuji dalam Pilihanraya kecil Ijok. Kesannya calon PKR tergolek, meskipun Anwar berkempen habis-habisan, siang dan malam.

1. Hassan Karim, Presiden PRM mempersoalkankan dalam tulisannya di Malaysiakini, “Layakkan Anwar pimpin Reformasi?”

Hassan mempersoalkan “Masih ada golongan yang kurang selesa dengan Anwar angkara isu-isu seperti yang dibangkitkan oleh anak Mahathir, Mukhriz, di Dewan Rakyat baru-baru ini iaitu tentang hubungan rapat Anwar dengan tokoh-tokoh neo-konservatif Amerika seperti Paul Wolfowitz dan kisah sebuah yayasan yang dipimpin oleh Anwar yang dikatakan sebahagian dananya diterima dari Jabatan Negara Amerika Syarikat”

Tulisan Hassan ini bukan suara kerajaan, tetapi suara parti yang ada kaitan dengan Parti Pakatan Rakyat.

Walaupun tulisan Hassan menyatakan beliau tidak mahu berprasangka, tetapi terdetik juga tanda tanya di lubuk hatinya.

Kalau tidak, sudah tentu tidak akan keluar rencana Hassan Karim di Malaysiakini itu.

2. Amin Iskandar @ Black juga turut mempersoalkan nada yang sama dalam artikelnya “Lain kali pilih kawan betul-betul

Kata Black “Orang tua-tua selalu kata, kalau nak berkawan, kena pilih betul-betul. Ada kebenarannya nasihat ini. Seperti apa yang berlaku kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Isu keakrabannya dengan Paul Wolfowitz, Presiden Bank Dunia yang juga dikatakan sebagai arkitek perang Anglo-Amerika di Iraq telah memberikan lebih banyak kerugian politik daripada keuntungan”

Amin Iskandar seolah-olah mengesahkan hubungan akrab Anwar & Wolfowitz sebagai post mortem kekalahan calon PKR di pilihanraya kecil Ijok.

Amin Iskandar juga bukan orang luar lingkungan Anwar. Dia adalah inner circle Anwar”!.

Dia tahu semua rangkaian Anwar di antarabangsa kerana dia adalah anggota ANFREL (Asia Network for free elections).

ANFREL adalah mata rantai Amerika berpengkalan di Thailand dan bernoktah di Amerika.

Bekas Presiden Amerika Syarikat, Ronald Reagan melontarkan idea bagaimanakah untuk menakluk dunia atas nama Demokrasi. Asas idea itu dibentuk dua intrumen iaitu National Endowment for Democracy (NED) dan International Republican Institute (IRI).

IRI berpengkalan di Amerika menelurkan ANFREL di Asia dan MAFREL di Malaysia.

Malek Husin, Presiden MAFREL (Malaysians for free Election) tanpa segan silu mengaku menerima dana daripada Amerika (IRI) dalam temubualnya dengan Malaysiakini. IRI sendiri turut mengakui menaja MAFREL!

Maka jelaslah kaitan Amin Iskandar (ANFREL), Malek Husin (MAFREL), Anwar Ibrahim (NED), semuanya nampak bersimpang siur tetapi bercantum di Amerika Syarikat.

Jadi jangan main-main dengan kata-kata Amin Iskandar!

3. Penulis Barat, Mike Billington mempersoalkan hubungan Anwar dengan Paul Wolfowitz. Tulisannya bertajuk “Malaysia’s Anwar Ibrahim:
Wolfowitz’s Knife in Asia’s Back”. Untuk baca tulisan ini, kena download kerana dalam bentuk PDF.

4. Blogger bigdogdotcom turut mengulas tulisan Mike Billington dalam artikelnya “Anwar – Gore: Dances with the wolves” dengan menceritakan sokongan Al Gore (Yahudi), bekas Naib Presiden Amerika ke atas Anwar Ibrahim di Malaysia.

5. Blogger Rocky’s bru pula bersetuju dengan tulisan bigdogdotcom dengan ulasan pengalamannya sendiri dipengaruhi oleh Anwar, bekas TPM dalam memberi arahan kepada media. Ketika itu Rocky’s adalah editor Business Times.

Kata Rocky’s “. I was the editor of Business Times. During those meetings, Anwar emphasized two things: that we can trust IMF because “Camdesus is a family friend” (Camdesus was the IMF managing director, the guy who stood triumphantly behind Suharto after Indonesia “surrendered” to the IMF during the 1997 financial crisis)..”

6. Blogger A M Ubaidah S pula menganalisis benarkah Anwar agent Yahudi dalam tulisannya bertajuk “Is Anwar Ibrahim A Zionist Agent? “

7. Laman Moon of Alabama bertajuk “Wolfowitz, CIA, Lebanon – Get the picture?” mendedahkan konspirasi Paul Wolfowitz, Anwar Ibrahim dan Shaha Riza dalam penubuhan Foundation For The Future.

Jadi bukan sahaja Tun Dr Mahathir atau Mukriz yang sangsi hubungan sulit Anwar dan Yahudi, tetapi semua orang berkata begitu.

Apakah makna semua ini ?

Anwar Ibrahim Dot Com
23 Mei 2008

Leave a comment

Filed under Anwar & Yahudi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s