ANWAR IBRAHIM 100 TOKOH DUNIA (TIME)

Video di atas memaparkan ‘kehebatan Anwar’ kerana dipilih 100 tokoh berpengaruh di dunia. Diterbitkan oleh Onlinetivi Indonesia sebagai satu promosi untuk menunjukkan ‘kehebatan’ Anwar di persada dunia.

Pengacara video ini telah mengesahkan empat perkara penting. Pertama; Anwar satu-satunya tokoh yang dipilih dari Malaysia oleh majalah TIME.Kedua; penulis biodata Anwar ialah Paul Wolfowitz. Ketiga; Anwar dipilih kerana ISLAM MODERATE tajaan AMERIKA. Keempat; Anwar menolak KETUANAN MELAYU

Pertama : Tokoh 100 Majalah dipilih TIME

Tokoh-tokoh 100 berpengaruh di dunia, majalah TIME

Laman Jew Watch memperakukan majalah TIME adalah salah satu majalah terkemuka yang dikawal oleh YAHUDI.

Penaung dana majalah TIME adalah Time Warner Communications. Pemilik utamanya pula seorang Yahudi bernama Gerald Levin.

Selain memiliki majalah TIME, Yahudi juga turut memiliki majalah NEWSWEEK yang pernah menganugerahkan Anwar sebagai “The Asian of the Year” pada tahun 1998.

Publisiti Anwar di peringkat antarabangsa kebanyakan diberi liputan oleh media kawalan Yahudi antaranya ABC Television Network (ABC), CNN,CBS, dan NBC. Penguasaan Yahudi dalam media di atas, sila baca di sini.

Rangkaian media milik Yahudi telah berusaha keras mempromosi ‘watak Anwar’ di pentas antarabangsa, maka tidak hairan majalah TIME memilih Anwar sebagai ‘100 tokoh berpengaruh dunia’.

Bahkan, bukan satu kejutan jika sebuah akhbar harian Israel, “The Jerusalem Post” meramalkan “Anwar sebagai Bakal Perdana Menteri Malaysia” sebaik sahaja selesai PRU ke-12.

Persoalannya kenapa rangkaian media milik Yahudi berusaha bersungguh-sungguh “mempromote nama Anwar” di pentas antarabangsa ? Malah lebih ghairah lagi, kenapakah akhbar harian milik ISRAEL, The Jerusalem Post begitu berminat fokus politik negara Malaysia hingga sanggup beri ruang kepada halaman akhbarnya meramalkan Anwar bakal Perdana Menteri Malaysia.

Kenapa hanya Anwar dipromote sebagai PM ? Kenapa tidak Najib Tun Razak ?

Sudah tentu, pemikir Yahudi, zionis dan neocon lebih mengetahui sebab musabab kenapa mereka pilih Anwar Ibrahim.

Kedua : Penulis biodata Anwar= Paul Wolfowitz

Penulis biodata Anwar semasa mencalonkan 100 tokoh TIME ialah Paul Wolfowitz. Wolfowitz bukan setakat dianggap sebagai Yahudi Neocon, malah menganuti fahaman “Zionis” yang pernah dinobatkan Israel Zionis Paling Berjaya 2002 oleh THE JEWISH INSTITUTE for NATIONAL SECURITY AFFAIRS (JINSA) kerana kecemerlangan menjadi Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika.

Kejayaan Wolfowitz semasa jadi Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika adalah melancarkan perang dan mengalahkan negara Islam Iraq. Kota suci Islam, Baghdad, warisan ketamadunan Islam, dipijak oleh tentera Amerika. Bangunan dan penduduk Islam tidak bersalah telah dibunuh semata-mata percaya dengan teori Wolfowitz bahawa Iraq memiliki senjata WMD.

Kenapa Wolfowitz yang dipilih menjadi penulis biodata dan pencalon Anwar di Majalah TIME. Kenapa tidak Al Gore, William Cohen, Al Bright, Colin Power atau Carl Gershman kerana mereka juga mengenali Anwar ? Kenapa semua nama-nama yang mengenali Anwar semuanya Yahudi berideologi Zionis ? Tidak adakah tokoh Islam terkemuka yang boleh menulis biodata dan mencalonkan Anwar ke majalah TIME?

Jawabnya tidak ada. Hanya Wolfowitz yang mengenali siapakah Anwar. Malah Wolfowitz wajar menulis biodata Anwar kerana Anwar adalah ‘menteenya’. Wolfowitz pula adalah godfather Anwar.

Pengakuan Anwar berkawan rapat dengan Paul Wolfowitz. Kata Anwar, Yahudi berideologi Zionis (Wolfowitz) itu bukan musuhnya

Malah semua karier antarabangsa Anwar khususnya di Amerika dibina oleh Wolfowitz. Wolfowitz yang calonkan Anwar jadi pensyarah pelawat John Hopkins dan Georgetown University. Wolfowitz juga lantik Anwar sebagai Konsultan Bank Dunia dan Diplomat Jemputan Council on Foreign Relations (CFR)

Dalam penulisan Wolfowitz, beliau akui sumbangan Anwar menjadikan Malaysia sebagai rakan kongsi yang tunduk kepada Amerika bermula pada tahun 1990-an melalui Dailog Pasifik.

Anwar sebagai TPM dan Menteri Kewangan Malaysia melalui badan pemikirnya Institut Kajian Dasar (IKD) telah menyalahgunakan wang rakyat membayar jutaan ringgit kepada pelobi Amerika iaitu Asia Pacific Policy Centre (APPC) semata-mata untuk memastikan nama Anwar terkenal di Amerika.

Program Dailog Pasifik, anjuran IKD & APPC ini telah berjaya membawa tokoh-tokoh Amerika ke Malaysia antaranya Paul Wolfowitz, Senator Sam Nunn, William Cohen dan Henry Kissinger.

Maka tidak hairan, Wolfowitz tulis, ‘I joined Senator Sam Nunn and others to speak out in Anwar’s defense’, ketika Anwar dipenjarakan.

Ketika Anwar dirawat sakit tulang belakang pada 2004, di Munich, Jerman, Paul Wolfowitz merupakan antara pengunjung pertama. Kunjungan Wolfowitz ke Munich yang dianggap tetamu paling istimewa, turut disusuli dengan perbincangan empat mata yang mengatur langkah Anwar seterusnya di Amerika.

Persoalannya kenapakah seorang Yahudi berideologi Zionis bernama Wolfowitz yang terkenal sebagai ‘arkitek perang & pemusnah negara Islam’ sanggup berbaik-baik dan memberi jasa kepada Anwar ?

Hanya Wolfowitz yang lemah lembut pertuturan tetapi keras pegangan zionisnya mengetahui apakah agenda sebenar membela Anwar..

Ketiga : Anwar model Muslim Moderate

“MUSLIM MODERATE” adalah model yang ditaja oleh Amerika melalui Center for the Study of Islam and Democracy (CSID). CSID merupakan badan pemikir Amerika untuk mencari kaedah terbaik menyemai benih-benih DEMOKRASI ke negara-negara Islam.

CSID telah menganugerahkan Anwar sebagai “Muslim Democrat of the Year” pada tahun 2005.

Dari kiri, Antony Sullivan, (Vice-Chair CSID),Radwan Masmoudi (President CSID), Anwar Ibrahim dan yang tidak bertudung ialah Asma Afsaruddin (Chair CSID). Kenapa hanya Antony Sullivan sahaja tepuk tangan ketika Anwar dinobat “Muslim Democrat of the Year” ?

Maksud “Muslim Moderate” adalah Muslim terima idea-idea Amerika khususnya DEMOKRASI dan HAK ASASI.Muslim Moderate menolak Negara Islam, hukum hudud dan Mahkamah Syariah.

Golongan Muslim yang mahukan Negara Islam dan perundangan Islam dilabel oleh Amerika sebagai Muslim Teroris. Sebab itu Abu Bakar Bashir, tokoh Islam Indonesia yang dilabel Amerika sebagai ‘Teroris’ telah berkata Anwar Muslim Moderate yang tidak cukup faham mengenai Islam.

Separuh daripada penggerak CSID tidak beragama Islam, misalnya Antony Sullivan, Vice-Chair CSID, Robert Schadler, Tamara Sonn, Joseph Montville, Louis Cantori dan lain-lain. Malah CSID sendiri ditaja oleh Yahudi neocon, Carl Gershman, Presiden National Endowment for Democracy (NED).

Asma Afsaruddin, Chair CSID dan Radwan Masmoudi, President CSID serta tokoh-tokoh Islam lain adalah pro Amerika sama seperti Anwar Ibrahim.

Menurut Anwar, Negara Islam bukan agenda perjuangannya. Katanya, beliau akan sokong jika majoriti rakyat Malaysia menolak Mahkamah Syariah kerana itu satu rukun demokrasi.

Menurut Amerika, negara-negara Islam kebanyakan tidak Demokrasi. Tidak demokrasi sama dengan autokratik dan pemerintahan diktator. Atas premis itu Iraq dan Afganistan diserang untuk menyemai benih demokrasi di negara-negara Islam itu.

Persoalannya adakah Demokrasi ciptaan Amerika lebih tinggi berbanding dengan Demokrasi berasaskan Al Quran dan as Sunnah? Di mana Keadilan, Demokrasi dan hak asasi yang diperjuangkan Amerika jika majoriti rakyat sebulat suara menerima perundangan Islam sebagaimana yang termaktub dalam ajaran mereka?

Keempat : Anwar menolak Ketuanan Melayu

Sudah menjadi pengetahuan umum, semejak menjadi penasihat de facto PKR, Anwar menolak KETUANAN MELAYU dan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Dasar menolak ‘ketuanan bangsa’ dan menjaga ‘hak keistimewaan kaum’ ini selaras dengan salah satu rukun neocon yang menolak dasar “affirmative action” (hak keistimewaan).

Bagi Yahudi Neocon yang berideologi Zionis, tidak dibenarkan wujud bangsa-bangsa lain di dunia ini yang lebih mulia daripada Yahudi. Hanya Yahudi sahaja bangsa paling mulia dan bangsa PILIHAN TUHAN.

Hanya bangsa yahudi sahaja boleh mengamalkan “affirmative action”, bangsa-bangsa lain tidak dibenarkan kerana mereka BANGSA KELAS KEDUA. Jadi sekiranya bangsa-bangsa lain cuba mengamalkan dasar “affirmative action”, maka usaha perlu dilakukan untuk menghapuskan dasar itu.

Sikap Anwar mengikut telunjuk Yahudi terbukti apabila mengatasi keadaan gawat ekonomi Malaysia 1997. Pada Anwar yang ketika itu Menteri Kewangan hanya meminjam dana IMF sahaja boleh membantu memulihkan ekonomi.

Betapa akrabnya Anwar dengan Pengerusi IMF,Michael Camdessus hingga berpeluk-peluk.

Maksudnya, sekiranya Malaysia pinjam dana IMF, semua dasar-dasar “affirmative action” yang diamalkan oleh kerajaan akan dihapuskan kerana IMF mewujudkan persaingan global. Tidak ada subsidi diberikan kerajaan kepada rakyat kerana IMF menuntut pulangan modal yang lebih lumayan. Ketika itu ekonomi Malaysia dikawal seluruhnya oleh Amerika.

Kalau Amerika bersungguh-sungguh serang Iraq kerana TELAGA MINYAK, Malaysia pun ada telaga minyak dan PETRONAS!

Sebagai kesimpulan, elok direnungi tulisan blogger Ibnu Hashim, yang mengeleng-geleng kepala apabila membaca email pencalonan Anwar sebagai 100 tokoh berpengaruh dunia. Kawannya bertanya, “Kenapa kau geleng-geleng kepala? Hebat sangat ke Anwar? Ibnu Hashim jawab, “Hebat lagi musuh-musuh Islam. Termasuk The TIME..”

AnwarIbrahimDotCom
29 Jun 2008

Artikel lepas yang berkaitan :

1. Betulkah Anwar Agen Yahudi ? (1)

2. Adakah Anwar berstatus warganegara Amerika ?

3. Video Siapa Anwar Siri 6 -Kupasan ‘Hubungan Anwar & Wolfowitz’. Percaturan kerja Anwar di Amerika dan pertolongan tokoh-tokoh neocon kepada Anwar.

4. Video Siapa Anwar Siri 7 – Kupasan terperinci ‘Hubungan Anwar & Wolfowitz’ dari 80-an hingga sekarang

5. Video Siapa Anwar Siri 8 – Kupasan ‘Hubungan Anwar, Wolfowitz & Shaha Riza’ terhadap kes Perang Iraq

5 Comments

Filed under Anwar & Amerika

5 responses to “ANWAR IBRAHIM 100 TOKOH DUNIA (TIME)

  1. rizo

    ini semua adalah sebahagian daripada rancangan jahat atau busuk kerajaan dalam nak menjatuhkan seseorang… semua sudah sedia maklum bahawa kerajaan pimpinan UMNO menolak Islam sebagai hukum/undang-undang. Bagi saya artikel-ertikel murahan seperti ini tidak lain hanyalah sekadar nak menyedapkan hati pembaca-pembaca kalangan orang-orang yang terlalu taksub dengan pimpinan kerajaan UMNO yang sudah 50 tahun bergelumang dengan rasuah, mengkayakan kroni-kroni, hidup tak sedar diri, menindas rakyat dan janji-janji kosong. Seolah-olah rakyat seperti bercakap/mengadu masalah denagn tunggul kayu yang sudah reput dimakan anai-anai. UMNO sudah tak relevan lagi.. Jadi hentikanlah cubaab nak menghasut/mereka-reka pembohongan kerana kelak kamu semua akan dibinasakan..

  2. Norman

    A.w.w. sdr/sdri seiman. Apa nak dihairankan jika ada penyokong taksub Anwar yg cuba menidakkan hakikat bahawa idola mereka bukan sahaja kroni malah jadi agen Zionis. Jadi, kalaupun banyak pendedahan yg dibuat mengenainya walaupun oleh pihak2 Barat/Yahudi yg tidak sehaluan dgn golongan neo-con atau Illuminati, hati mereka sudah tertutup utk menerima kebenaran. Bagi mereka Anwar adalah seorang tokoh walaupun biodatanya ditulis oleh seorang tokoh yang anti dan memusuhi Islam spt Wolfowitz. Secara logiknya, apakah sebenarnya ketokohan Anwar dari segi Islam dan masyarakat secara umumnya yg boleh dibanggakan selain daripada cakap2 muluk dan kepetahannya berpidato? Apakah ciri2 ketokohan/kepimpinan Rasulullah s.a.w. ada pada diri Anwar yg jelas bersahabat dan bersekongkol dgn musuh2 Islam? Wallahhualambissawab.

  3. Norman

    A.w.w. sdr/sdri seiman. Anwar sangka anugerah demi anugerah dan gelaran demi gelaran yg diberikan oleh penaja2 Zionisnya kepadanya telah meletakkannya ke taraf tokoh dan persada sejagat. Dia juga sangka bila dia menarik nafas terakhir Zionis2 itulah yg akan menguruskan jenazahnya. Tetapi, kalau dia sangka pengkhianatannya terhadap agama, bangsa dan negara boleh terlepas begitu sahaja daripada hukuman Allah s.w.t., sangkaannya itu tidak berasas, spt tidak berasasnya sanggahan para penyokong taksubnya yg mengikut nafsu dan tidak berdasarkan fakta. Yg tidak berani bersumpah dalam kes sodomi Saiful tu siapa kalau bukan pemimpin ‘agung’ mereka? Yg bersekongkol dgn musuh2 Islam tu orang lain ke, bukan tokoh sanjungan mereka? Yg menyanggahi penjelasan ulama tersohor spt Ust Haron Din bahawa kafirun tidak berhak menggunakan istilah ‘Allah’ tu orang lain ke dan bukannya pemimpin besar kesayangan mereka? Duit yg Anwar terima daripada musuh2 Islam tu bukan rasuah atau halal ke di sisi agama? Yg pernah mengkayakan kroni2nya semasa menjadi Menteri Kewangan dan TPM dulu tu orang lain jugakah? Yang hendak jahanamkan agama, bangsa dan negara di tangan musuh2 Islam tu orang lain ke? Jangan kerana taksub kpd pemimpin songsang kebaikan pemimpin2 lain dan kerajaan mudah dilupakan dan kesalahan pengkhianat agama, bangsa dan negara ditutup sebelah mata. Masya-Allah.

  4. Pingback: The Washington Post…akhirnya Anwar terpaksa melutut kepada zionis | AIDC

  5. Pingback: Al Gore & Wolfowitz lebih kenal Anwar Ibrahim ? | AIDC

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s