BERSIH 3.0 : Fasa Kedua Kejatuhan Anwar

Sama ada disedari atau tidak, Anwar Ibrahim kini sedang menuju ke fasa kedua kejatuhannya, di mana dalam fasa pertama dulu, Ketua Umum PKR dibuktikan dengan fakta statistik yang menunjukkan beliau telah jatuh merudum popularitinya.

Fasa pertama kejatuhan Anwar bermula selepas Oktober 2008 yang berpunca dari kegagalan beliau menunaikan janjinya sendiri untuk membentuk kerajaan baru dan menjadi Perdana Menteri (PM) pada 16 September 2008.

Kenyataan ini bukan bersifat andaian semata-mata, tetapi dengan sokongan fakta hasil kajian penyelidikan daripada Prof Datuk Syed Arabi Idid daripada Jabatan Pengajian Komunikasi UIAM.

Hasil kajian itu merumuskan populariti Anwar mula merudum sejak Oktober 2008, di mana sebelum itu, iaitu di antara April 2008 hingga 15 September 2008, Anwar telah membuat satu ‘janji besar’ kepada seluruh rakyat Malaysia iaitu beliau akan menjadi PM pada 16 September 2008.

Anwar telah letak tarikh spesifik, bila beliau akan jadi PM. Itulah janjinya. Itulah turning pointnya.

Fakta ini disokong oleh kenyataan YB Datuk Zulkifli Noordin yang merumuskan faktor pengerakan keluar aktivis PKR, termasuk dirinya sendiri, Tan Tee Beng, Datuk Zahrain dan lain-lain berpunca dari pembohongan Anwar menunaikan janji 16 September 2008.

Fasa Kedua Kejatuhan Anwar

BERSIH 3.0 dianggap anti-klimaks, di mana peranan Anwar Ibrahim dan Azmin Ali mula dipertikaikan di kalangan aktivis-aktivis BERSIH sendiri.

“Pembangkang, Keadilan tidak sepatutnya mengambil bahagian dalam perhimpunan ini, ianya telah dihijack,”kata Benji Lim, salah seorang penyokong BERSIH yang tidak berpuas hati dengan penglibatan Anwar Ibrahim dan Azmin Ali dalam perhimpunan BERSIH, 28 April.

Benji Lim, seorang aktivis pembikin filem mahu mendengar sendiri jawapan Anwar tentang penglibatannya ketika sidang media di ibu pejabat PKR, 30 April.

Ketika timbul soalan berkaitan dengan ‘bahasa isyarat tangan’ yang disifatkan ramai pihak sebagai bahasa isyarat supaya peserta BERSIH rempuh-masuk ke Dataran Merdeka, Anwar dan Azmin menafikannya.

Ketika itu Benji Lim mula bersuara dan meluahkan kekesalan yang terbuku di hatinya.

“Apa maksud anda (Anwar) bahawa anda tidak menghasut peserta ? Saya berada di sana. Ketika penghalang (ke Dataran Merdeka) dibuka, ia seperti rempuhan. Rakyat boleh terbunuh apabila mereka cuba untuk menyeberang ke Dataran Merdeka dan anda membiarkan sahaja apa yang dilakukan oleh orang ramai”, kata Lim.

Anwar cuba menenangkan Lim dengan berkata ini adalah sidang media untuk para wartawan dan dia akan diberi layanan berasingan selepas ini.

“Tidak, saya mempunyai hak untuk tahu, kenapa anda mendakwa PKR tidak menghasut peserta. Saya juga adalah seorang warganegara”, kata Lim yang cuba ditenteramkan oleh staf PKR lain.

Big Fan Meragui

Kenyataan Benji Lim disokong oleh big fan‘ Anwar, Ahmad Ali Karim yang menulis di laman peribadinya, ahmadalikarim.wordpress.com.

Anwar Ibrahim memeluk Ahmad Ali dalam satu program pada 23 Mei 2010

“Apakah Datuk Seri Anwar Ibrahim benar-benar seorang yang baik dan pemimpin yang baik?

“Mengapa Azmin tidak memberitahu lelaki India supaya berhenti membuka penghadang rintangan ke Dataran Merdeka?

“Mengapa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menggunakan megafon untuk memerintahkan peserta BERSIH supaya tidak memasuki Dataran Merdeka apabila beliau tahu penghadang rintangan telah dibuka ?

“Mengapa Datuk Seri Anwar Ibrahim melarikan diri ?

“Mengapa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak membantu atau melindungi peserta Bersih 3,0 apabila mereka berada dalam bahaya?

“Adakah Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap benar atau beliau berbohong apabila beliau menafikan memberi isyarat kepada Azmin untuk membiarkan lelaki India membuka penghadang rintangan ke Dataran Merdeka ?,” itu soalan-soalan yang dikemukakan Ahmad Ali yang berumur 9 tahun.

Selalunya sentuhan deria kanak-kanak berumur 9 tahun seperti Ahmad Ali berpihak kepada kebenaran.

Kata orang, kanak-kanak tidak mungkin berkata bohong dan deria kanak-kanak amat sensitif untuk membezakan antara baik dan tidak baik.

Bahkan tiga orang lagi adik beradiknya, Aiman amani, Aeshah Adlina dan Anisah Afifah turut menyokong pandangan Ahmad itu.

BERSIH berjaya ?

Seorang lagi penyokong BERSIH, Lydiawati Osman menyalahkan Anwar dan Azmin sebagai ‘pengacau’ yang menghasut peserta supaya merempuh ke Dataran Merdeka, meskipun Pengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga memberi arahan supaya peserta bersurai.

“Saya berasa tertipu berarak untuk Bersih dan untuk Ambiga,” kata Lydiawati ketika meluahkan kekecewaan Anwar merampas perhimpunan tersebut untuk kepentingan politik peribadinya.

“Pengorbanan saya untuk menghadapi sebarang kemudaratan tubuh badan, bukannya murah untuk dibeli dengan propaganda pembangkang.

“Saya tidak akan berarak lagi jika Anwar dan pengacau-pengacaunya dibenarkan untuk mengambil alih apa yang sepatutnya dimiliki oleh masyarakat sivil.

“Kami telah mencipta kesedaran ini, kami berjuang untuk ini, kami telah ditangkap dan merasa tidak selesa untuk ini tetapi akhirnya Anwar dan pengikutnya telah mengutip ‘kejayaan’ dari Bersih 3.0.

“Anwar dan Pakatan Rakyat tidak demokrasi dalam mengutip ‘keuntungan’ daripada ini,” luahnya.

Menurutnya, jika tanpa penglibatan Anwar dan para pengikutnya, sudah pasti BERSIH 3.0 berakhir dengan aman dan damai.

Saat Kejatuhan Anwar

Lim Chee Wei

“Huru-hara dan detik mula pengakhiran untuk Anwar,” kata Lim Chee Wei, Presiden Majlis Peguam.

Kenapa Lim Chee Wei yang sebelum ini dilihat sebagai antara penyokong utama Ketua Umum PKR berpendapat BERSIH 3.0 sebagai detik permulaan era kejatuhan Anwar ?

Puncanya, huru-hara dan keganasan yang berlaku semasa perhimpunan BERSIH 3.0 yang bermula dari bahasa isyarat tangan yang disifatkan arahan untuk merempuh ke Dataran Merdeka.

Menurutnya, tindakan Azmin itu merupakan paku terakhir dalam keranda politik mentornya, Anwar Ibrahim.

“Orang ramai melihat Anwar hilang kawalan dan menghantar askar-askar pengacaunya untuk memusnahkan segala-galanya,” katanya sambil menambah bahawa Anwar Ibrahim tidak mungkin dapat merealisasikan cita-cita menjadi PM, ekoran tindakannya yang desprado dan terdesak sudah dikesan oleh rakyat jelata dalam perhimpunan BERSIH 3.0.

Menurutnya, peserta-peserta BERSIH yang memecahkan kereta peronda polis tidak akan terdorong untuk melakukan perbuatan itu, jika tidak dihasut dan individu yang menghasutnya adalah Anwar Ibrahim.

“Anwar tahu jika mereka melakukan huru-hara di jalanan, polis akan bertindak. Hanya dengan itu, kawan-kawannya dalam media asing akan mendapat banyak liputan menarik tentang huru-hara lagi di negara majoriti Muslim yang lain”.

Katanya, sebagai seorang berbangsa Cina, beliau melihat sejak dari tahun 2008, inilah saat Anwar tidak sesuai untuk menjadi PM kerana tidak menepati ciri-ciri pemimpin demokrasi.

“Saya dengan ini menulis, inilah detik mula pengakhiran kerjaya politik Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu pada 28 April 2012,” tegasnya.

Sindrom Penafian

The Wall Street Journal (WSJ), berpendapat Anwar sepatut mengaku bersalah terhadap pertuduhan melanggar undang-undang ketika demonstrasi jalanan Bersih 3.0, 28 April lepas, sekiranya beliau percaya perubahan yang dilaksanakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak memadai.

Pada kejadian tersebut, Anwar, Azmin dan Ketua PKR Cabang Rembau Badrul Hisham Shaharin dikenakan pertuduhan menghasut Tangam Raju, Rajesh Kumar Gejinder dan Farhan Ibrahim supaya membuka sekatan di sekeliling Dataran Merdeka yang dilarang dimasuki peserta perhimpunan.

Menurut WSJ dalam rencananya bertajuk “‘Malaysian People’s Court, Anwar’s civil disobedience and the next election” berpendapat cara lebih kukuh untuk menyakinkan orang ramai bahawa undang-undang yang tidak adil adalah dengan mengaku bersalah dan membayar denda menjelang berlangsungnya pilihan raya umum.

Jika Anwar terus mengamalkan sindrom penafian dan menuduh pendakwaan bermotif motif ia akan meletakkan kes ini dengan kes pertuduhan liwat yang pernah dilaluinya.

“Bagaimanapun, kes ini berbeza. Anwar bertindak melanggar tuntutan sivil dan kini beliau perlu menanggung padahnya.

“Jika Anwar ingin melanggar tuntutan sivil, beliau tidak boleh berpura-pura tidak bersalah, pada waktu yang sama,” tulisnya.

Jika Anwar menang sekalipun di mahkamah dalam kes tersebut, bermakna beliau tidak mahu bertanggungjawab di atas insiden rempuhan di Dataran Merdeka pada 28 April dan meletakkan seratus-peratus kesalahannya kepada rakyat untuk melepaskan tengkuknya.

Dan inikah teladan pemimpin baik yang diwar-warkan oleh para pengikutnya sebagai bakal PM ?.

Kes ini sama seperti pada hari kejadian, di mana selepas beliau didakwa memberi arahan dan para peserta mula masuk untuk ‘bertempur’ dengan polis, Anwar mula menghilangkan diri.

Sekiranya Anwar mengaku salah dan memohon maaf, sekurang-kurang dapat meredakan kekecewaan individu-individu seperti Benji Lim, Ahmad Ali, Lydiawati Osman, Lim Chee Wei dan ramai lagi yang pro-BERSIH.

Sekaligus membuktikan Anwar Ibrahim masih lagi lelaki Melayu-Islam yang budiman sepertimana yang pernah disebut oleh bekas sahabat lamanya, Ustaz Ismail Mina.

Di kalangan blogger-blogger pro-pembangkang seperti ktemoc dan CT Ali sudah membahaskan tentang liabiliti hubungan akrab Anwar Ibrahim dan Azmin Ali.

Malah, blogger Amenoworld merupakan antara individu yang menyalahkan Anwar dan Azmin dalam kejadiam melanggar perintah mahkamah memasuki Dataran Merdeka, 28 April itu.

Berikut kronologi foto-foto bahasa isyarat Azmin, Anwar yang bukan lagi menjadi rahsia umum.

Minit 00:01 - Kelihatan Anwar sedang memalingkan muka ke arah Azmin, ketika Chegu Bard sedang berucap. Anwar duduk di atas sebuah trak pikap, dihadapan Bank CIMB Masjid Jamek



Minit 00 : 06 - Kelihatan Anwar mula beri isyarat tangan kepada Azmin

Bermula minit 00 : 08 - Kelihatan tangan Anwar merewang-rewang di atas kepala seorang lelaki berbaju oren seorang aktivis PAS, Mazlan Aliman yang menunjukkan isyarat tangan berbentuk arahan kepada Azmin



Bermula minit 00 : 14 - Rakaman dari sisi Azmin pula. Azmin dikatakan berdiri di atas kereta supaya dapat melihat isyarat-isyarat Anwar. Turut kelihatan adalah orang kanannya, R Thangam yang juga dapat melihat isyarat-isyarat Anwar

Azmin berpaling kepada Thangam yang sedang menunjukkan ibu jari ke arah penghadang Dataran Merdeka

Thangam mengesahkan arahan Anwar itu daripada Azmin

Azmin menganguk-angukkan kepala sebagai mengesahkannya

Seorang lelaki lagi yang turut berada di samping Azmin tunjuk isyarat ibu jari yang mungkin membawa maksud 'OK' kepada Chegu Bard

Cuba dengar secara teliti apa yang diucapkan oleh Chegu Bard sebagai orang yang memegang loud speaker ketika itu..

Kedengaran suara..'masuk..masuk..masuk' ketika Azmin mula turun dari tempat tinggi

Mulai minit 00 : 30, Thangam mula buka penghadang Dataran Merdeka

Para peserta mula masuk ke Dataran Merdeka...

About these ads

Leave a comment

Filed under Anwar & Cita - cita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s