Apabila Barat Mula Hentam Anwar…

Saya membaca dengan penuh minat tulisan Yusof Harun, kolumnis Sinar Harian, bertajuk “Media Barat mula hentam Anwar” yang menyentuh perubahan sikap media Barat terhadap Anwar Ibrahim.

Latar belakang penulis yang pernah menerbitkan buku, “Dialog Dengan Pemimpin”, 1986, Penerbitan Pena, di mana Anwar merupakan salah seorang yang disorotinya menjadikannya semakin kredibel untuk menulis tentang Ketua Umum PKR itu.

Sudah tentu penulis mampu membuat pengamatan kritis antara Anwar pada tahun 1980-an dengan masa kini.

Jadi tidak hairan penulis mengimbau kembali sokongan Al Gore, Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) ketika itu terhadap reformasi yang dilaungkan Anwar sebagai modalnya untuk menentang bekas mentornya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bukan setakat Al Gore, malah Madeline Albright, ketika itu Setiausaha Negara AS juga turut menyokong Anwar.

Jadi, sekiranya, Naib Presiden dan Setiausaha Negara AS sokong Anwar, maka tidak hairan agensi-agensi yang di bawah cengkaman AS, termasuk Bank Dunia dan IMF turut menyokong bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu.

Sokongan padu James Wolfensohn, Presiden Bank Dunia dan Michel Camdesus, pengarah Urusan IMF ketika itu adalah bukti Anwar adalah blue eyes Barat.

Dalam ruangan komentar di Sinar Harian, penulis menjadikan pandangan majalah The Economist yang diterbitkan di England sebagai bukti Barat secara perlahan-lahan mula menolak Anwar.

Reputasi Tercemar

Kata majalah itu, “Although Mr Anwar remains a charismatic figure and a forceful speaker, his reputation has been tarnished“. Maknanya, Walaupun Anwar masih kekal sebagai tokoh berkarisma dan pemidato hebat, namun reputasinya telah tercemar.

Anwar digambarkan sebagai “seems a distant and untrustworthy figure to many younger Malaysian.” iaitu kini Anwar kurang dipercayai oleh golongan muda di Malaysia.

Majalah itu juga berpendapat Anwar “has failed to nuture a new generation of opposition leaders,” atau gagal mempersiapkan generasi baru, bakal pelapis pemimpin pembangkang, khususnya dalam PKR.

Rather than turning his party into a vibrant, modernising force in politics he has allowed it to become something of a family-run affair, riven by infighting“, Anwar sepatutnya menjadikan PKR sebagai sebuah parti politik yang terbuka dengan suntikan pelbagai idea segar, namun, sebaliknya beliau menjadikan parti itu hak keluarganya sendiri selain pelbagai masalah dalaman.

“Pembangkang di Malaysia kini terperangkap dengan (moral) Anwar sebagai pemimpin (selepas dibebaskan mahkamah). Anwar mungkin masih popular bagi sesetengah pihak, tetapi dia juga kini terlalu lemah untuk menumbangkan BN,” dakwa majalah itu.

Kritikan Konsisten

Kritikan The economist kepada Anwar bukan baru. Malah telah dimulai sejak Julai 2009.

“Butir-butir perkataan yang terbit dari lidah Anwar, yang cekap memberitahu penonton yang berbeza – golongan agama atau sekular – apa yang mereka suka dengar..Rakyat Malaysia akan datang mungkin akan bertanya secara jelas : Siapa dan apa sebenarnya pendirian Anwar ?”, kata majalah itu yang bertajuk “Malaysia’s chameleon -
The rise, fall and rise of Anwar Ibrahim, South-East Asia’s most extraordinary politician

Intonasi pendapat majalah itu pada tahun 2009, sama dengan sekarang, iaitu Anwar adalah individu yang tidak boleh dipercayai, bezanya dahulu lebih keras dengan menyamakan Anwar seperti seekor binatang ‘chameleon’ atau sesumpah yang boleh bertukar kulit mengikut suasana dan tempat.

Majalah itu membuat perbandingan pidato Anwar ketika bersama PAS dalam pilihanraya kecil di Kelantan dengan ketika berpidato di Perth, Australia.

Dua tempat yang berbeza, dua penonton yang berbeza dan dua versi yang berbeza, itulah ‘sesumpah’.

Anwar Tidak Relevan

Yusof Harun yang juga kolumnis Agendadaily turut membuat membuat ulasan susulan bertajuk “Semakin ramai yang sedar ‘wajah’ sebenar Anwar..”

“Dari aspek apapun, Anwar kini dilihat tidak lagi releven kepada barat dan kepentingan mereka malah ia dianggap liabiliti buat pembangkang dan rakyat yang memperjuangkan keadilan.

“Dulu, hal ini seperti suatu yang aneh kerana barat melalui media dan kuda- kuda tajaan, menggunakan platform media untuk menggerakkan pendapat pro Anwar. Maka kita lihat publisiti yang Anwar perolehi menjulang nama dan menaikkan imejnya menjadikan beliau seorang “tokoh reformasi” yang paling berpengaruh di dunia sebelah sini”, tulisnya.

Katanya, ada pendapat melihat Anwar yang pernah dilabel “fundamentalist” oleh barat tiba-tiba menjadi seorang yang liberalis berpunca dari tulisannya dalam majalah Time bertarikh 15 Oktober, 2001—selepas trajedi Sep 11.

Rencana Anwar bertajuk “Who hijacked lslam?” dimulakan dengan ayat seperti berikut:”Never in lslam’s history have the actions of so few of its followers caused the religion . . .”

Ringkasnya rencana itu antara lain menyalahkan tokoh-tokoh Islam, Osama Laden dan Atta sebagai pengganas yang menyebabkan serangan ke atas WTC. Jelas pemikiran Anwar melalui tulisan itu sealiran dengan dasar dan pendapat pembuat dasar di rumah putih.

“Anwar tidak peduli reaksi masyarakat lslam serta tokoh-tokoh lslam yang pernah dikenali berhubung tulisannya. Matlamatnya jelas bahawa ada pihak di AS akan memberi layanan positif kepada kerjaya politiknya kelak”, tegasnya.

Peralihan Paradigma

Daripada kedua-dua tulisan Yusof Harun itu dapat disimpulkan berlaku perubahan paradigma Barat menilai Anwar. Namun untuk meletakkan, pendapat Majalah Economist sebagai batu asas Barat mula menolak Anwar, perkara itu perlu dibahaskan lanjut.

Ada banyak lagi majalah yang berpengaruh di Barat khususnya AS, apakah mereka bersetuju dengan pendapat majalah Economist dari England ?

Majalah Economist pula mengkritik Anwar sejak tahun 2009, jadi pendapatnya bukan baru.

Malah bukan baru juga, apabila media Barat khususnya BBC mengkritik amalan kronisme dalam pengurusan PKR.

Memang ada keraguan di kalangan pengamal media Barat kepada Anwar, namun seperti kata Profesor Dr Chandra Muzaffar, politik AS memang begitu, kepelbagaian, tetapi kritikan dengan bantuan dana adalah dua perkara berbeza.

Anwar sendiri pun begitu, tidak peduli kritikan ulama Islam, apatah lagi kritikan dari sesetengah media, asalkan tidak menjejas bantuan dana yang disalurkan kepadanya.

Jika Anwar dikritik oleh badan-badan Yahudi yang ada kaitan dengan penajaan, barulah Anwar akan menyusun program memohon maaf.

Selagi Ketua Umum PKR tidak menyusun program “Anwar’s Apology Tour” seperti yang dilakukan Anwar dua tahun lepas, bermakna kritikan itu tidak memberi bekas kepadanya.

Polisi Dasar Luar AS

Polisi ‘reformasi’ dan ‘demokrasi’ anjuran Anwar sekitar akhir tahun 1990-an senada dengan polisi dasar luar AS di bawah Presiden Clinton/Al Gore.

Apabila Presiden Bush mengambil alih teraju kepimpinan AS, dia memperkenalkan polisi anti-teroris sebagai justifikasi pengeboman bangunan WTC (World Trade Centre), Anwar ketika itu menjadi banduan di penjara Sungai Buloh menyeludup rencana ‘Who Hijacked Islam‘ ke majalah TIME sebagai mengesahkan memang umat Islam adalah teroris.

Apabila Anwar keluar dari penjara September 2004, Ketua Umum PKR berhijrah ke AS dan menjadi mata rantai Presiden Bush melaksanakan polisi anti-teroris melalui naungan Paul Wolfowitz, ketika itu Penolong Setiausaha Pertahanan AS dan kemudian Presiden Bank Dunia.

Kemudian Presiden Barack Obama mengambil alih pemerintahan, diperkenalkan pula polisi ‘freedom’ dan ‘human rights’, Anwar yang kini Ketua Pembangkang di Malaysia turut melaungkan slogan yang sama.

Logo ‘Demi Rakyat’ dilancarkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersempena dengan Konvensyen Pilihan Raya KEADILAN pada Jun 2011 dengan simbol ‘tangan dan lima jari’ pun menyamai logo hak asasi yang diperjuangkan gay rights.

Barat Tinggalkan Anwar ?

Berdasarkan analisis ini, satu pertanyaan perlu dilontarkan semula, benarkah Barat kini sudah menjarakkan diri dengan Anwar ?

Kalau benar, kenapakah Human Rights Watch (HRW), satu organisasi yang berpengkalan di AS sekarang ini masih mengikuti perkembangan Anwar secara dekat ?

Mungkin juga, AS sebenarnya semakin dekat dengan Anwar seperti yang diisyaratkan oleh HRW, tetapi dalam ruang lain yang tidak disedari oleh rakyat Malaysia.

Dalam memahami konteks baru ini, laporan Siasahdaily wajar diberi perhatian.

“Gerakan gay di seluruh dunia kini mendapat perhatian khusus kerajaan Amerika Syarikat pimpinan Presiden Barack Obama, yang menegaskan akan membantu usaha mempromosi hak gay di peringkat antarabangsa.

“Pentadbiran Obama dilapor akan menggunakan segala alat diplomasi AS termasuk bantuan kewangan untuk mempromosi isu yang dianggap sebahagian hak asasi manusia itu.

“Setiausaha Negara AS Hillary Clinton dalam satu kenyataan menegaskan akan memerangi usaha menyekat aktiviti homoseksual di peringkat antarabangsa”, lapornya.

Seperti dikata oleh Ustaz Fathul Bari Mat Jahya selepas menonton wawancara Anwar di BBC, 12 Jan, beliau hairan cara Anwar bercakap di Mumbai itu seolah-olah menunjukkan Ketua Umum PKR itu tidak memahami undang-undang Islam dan hukum-hakam Islam itu sendiri.

Anwar tentu arif maksud ustaz Fathul Bari itu. Jadi antara memilih dikecam oleh ulama-ulama Malaysia dengan dikecam oleh pembuat dasar luar AS, Anwar pilih yang mana satu ?

Adakah ini yang dimaksudkan ‘ruang baru’ yang belum disedari rakyat Malaysia ?

Leave a Comment

Filed under Anwar & Amerika

Pendedahan AIDC fasa ke-III: Terima kasih semua blogger & netwoking VC

Bermula pada 22 November 2010, blog AIDC (anwaraidc.com) akan memasuki fasa ke-III dalam pendedahan tokoh  yang penah diramalkan oleh Shani Ross, wartawan Yahudi dari The Jerusalem Post (akhbar Israel) sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia.

Adakah ramalan wartawan The Jerusalem Post itu benar ? Wallahualam bi shawab. Namun, kami di sini,  pada tarikh di atas akan mengupdate blog seperti biasa. Insya Allah. Continue reading

Leave a Comment

Filed under Cetusan AIDC

Blog AIDC sekadar satu wadah

Pertamanya diucapkan terima kasih kepada semua yang telah mengusahakan kempen selamatkan AIDC. Sangat terharu dengan sokongan, hinggakan tidak termampu disenaraikan kawan-kawan yang memberi sokongannya di sini. Kepada semua diucapkan jutaan terima kasih, tidak mampu dinukilkan dengan kata-kata, hanya Allah swt yang dapat membalasnya, jasa dan budi baik tuan puan.

Secara peribadi, saya mewakili rakan-rakan sekerja AIDC akan terus memperjuangkan penentangan terhadap Anwar Ibrahim, walau dalam apa cara sekalipun, sehinggalah beliau kembali bertaubat dan menuntut maaf kepada rakyat Malaysia di atas segala kerosakan yang telah dilakukan kepada agama, bangsa dan negara ini. Continue reading

3 Comments

Filed under Cetusan AIDC

Godfather Anwar : Dulu Paul Wolfowitz, sekarang Al Gore

Anwar_AlGore2

Wartawan Barat dari Executive Intelligence Review (EIR), Michael Billington dalam tulisannya bertajuk “Gore’s Racist Assault Against Malaysia”(2008)[klik di sini] sudah menulis bahawa Anwar Ibrahim adalah ‘aset yang dikongsi bersama’ oleh dua orang Zionis Amerika Syarikat iaitu Paul Wolfowitz dan Al Gore.

Anwar bergilir-gilir bertuankan kepada kedua-dua godfather Zionis ini mengikut suasana politik Amerika Syarikat. Siapa yang lebih berkuasa, maka tokoh Zionis itu akan dihampiri. Manakala kedua-dua Zionis ini saling bergilir-gilir berkongsi aset mereka (Anwar Ibrahim) asalkan aset itu bersedia melaksanakan misi mereka.

Continue reading

Leave a Comment

Filed under Anwar & Amerika

Di sebalik kisah saham Shamsida Taharin

Apabila bekas Setiausaha Sulit (SUS) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan , Anuar Shaari  membuat laporan di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman pada 17 November lalu, jam 11.45 pagi ramai orang tertanya-tanya apakah isi kandungannya. Apakah benar signifikan dokumen-dokumen itu dengan Azmin Ali, Shamsidar Taharin dan Anwar Ibrahim, sehinggakan Anwar terpaksa melabel Anuar sebagai ‘diupah’ dan Azmin pula melabel sebagai ‘pengemis politik’.

Memahami karektor Anwar dan Azmin, apabila mereka memulakan perlabelan ke atas seseorang, bermakna mereka tiada hujah untuk menjawabnya, kecuali menggunakan kaedah ‘character assassination’ (pembunuhan watak) dengan label-label jahat seperti itu.

Continue reading

1 Comment

Filed under Anwar & Cita - cita

Demokrasi, Hak Asasi & Kebebasan maknanya halalkan homoseksual ?

Sejak Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara Sungai Buloh (2004), kalimah ‘Demokrasi, Hak Asasi dan kebebasan’ banyak keluar dari mulutnya. Barangkali kerana kalimah-kalimah itu masih baru, maka kita tidak memahami dengan tepat.

Mungkin kepada Anwar kalimat azimat ‘Demokrasi’ bukanlah perkara baru. Sudah lama dipraktikkan, sejak dari zaman belia lagi, tetapi kerana disulami dengan ‘ayat-ayat agama’, kita tidak nampak maksud sebenar Anwar. Memang Anwar suka cakap berkias-kias, bombastik dan dipenuhi dengan metafora, hingga kita tidak dapat menangkap maksud sebenar ucapannya. Buangkan kiasan, bombastik dan metafora itu kita akan jumpa maksud sebenarnya.

Continue reading

Leave a Comment

Filed under Anwar & Liwat

Apa yang Wan Azizah beritahu Ezam ?

Wan Azizah Told Ezam

Jika anda ingin mencari salah seorang inner circle dan paling rapat dengan Anwar. Ezam lah jawapannya. Bukan setakat itu, malah Ezam sanggup ‘mempertaruhkan’ nyawanya semata-mata untuk membela bekas bosnya, Anwar Ibrahim.

Sebaik sahaja menamatkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Ezam terus menyertai gerak kerja badan pemikir Anwar, Institut Kajian Dasar (IKD). Pada tahun 1994, ketika berusia 26 tahun, dia telah dilantik sebagai Timbalan pengarah IKD. Satu jawatan yang cemerlang jika dibandingkan dengan usianya.

Continue reading

2 Comments

Filed under Anwar & Liwat

Kalimah Allah : Semakin terserlah siapa Anwar

Anwar bermesyuarat dengan Kristian
Anwar bersama Father Thomas Philips, President of the Council of Churches Malaysia (tengah) dan Brother Augustine Arokiasamy di the Luther Centre, Petaling Jaya pada 10 Januari 2010.

Isu terjemahan kitab Injil ke Bahasa Melayu atau kalimah Allah merupakan isu klasik. Isu ini merupakan agenda utama Anwar Ibrahim, baik semasa berada dalam ABIM, maupun semasa memimpin parti multiracial – multireligious, PKR. Cumanya, isu ini dikonotasi dalam versi berbeza mengikut kehendak Anwar.
Ketika Anwar berada dalam ABIM dan selepas itu menyertai UMNO, ketika memerlukan sokongan Melayu-Islam, Anwar memberi ancaman akan berlaku proses pengkristianisasi Melayu secara besar-besaran, jika gerakan ini tidak dibendung. Ekoran itu ,ABIM menerbitkan buku-buku yang mendedahkan gerakan Kristianisasi di Malaysia. Buku-buku itu dijual di pasaran terbuka.

6 Comments

Filed under Anwar & Islam

Misteri kebakaran IIIT Malaysia & Rektor UIA larikan diri

Anwar dan Rektor UIA by you.
Abdul Hamid Abu Suleyman (Rektor UIA) bersama dengan Anwar Ibrahim (Presiden UIA) dalam satu majlis konvokesyen UIA. Pelantikan Abdul Hamid sebagai Rektor dibuat atas kuasa Anwar Ibrahim sebagai Presiden UIA dan Menteri Pendidikan


Dua peristiwa yang masih menjadi misteri sampai ke hari ini adalah peristiwa kebakaran pejabat IIIT Malaysia di kampus UIA Petaling Jaya dan Rektor UIA, Abdul Hamid Sulaiman, warganegara Amerika Syarikat melarikan diri ketika masih menjawat jawatan Rektor UIA. Beliau bersama Anwar Ibrahim merupakan salah seorang pengasas IIIT di Virginia, Amerika Syarikat. Sebenarnya pelantikan Abdul Hamid Sulaiman sebagai Rektor UIA dibuat sejurus Anwar Ibrahim dilantik sebagai Presiden UIA menggantikan Tun Hussein Onn (allahyarham) pada Julai 1988. Ketika itu juga Anwar adalah Menteri Pendidikan Malaysia. Klik di sini dan di sini

Continue reading

3 Comments

Filed under Anwar & Cita - cita

Anwar Ibrahim : Ada apa dengan jawatan Diplomat Jemputan CFR, New York (II) ?

Oleh AIDC

Ketika artikel ini ditulis (2 Oktober 2009), Anwar masih lagi berada di Amerika Syarikat. Anwar dan Azizah bertolak dari KLIA, pada 24 September 09 [klik di sini] dan sampai di New York pada 25 September 09 [klik di sini]. Nampaknya begitu padat jadual Anwar di Amerika, menjelajah dari negeri ke negeri. Dari New York, Florida, San Francisco dan lain-lain lagi [klik di sini]. Begitu sibuk Anwar, bermesyuarat di pelbagai tempat yang berlainan, terpaksa bertukar-tukar penerbangan untuk sampai ke satu-satu destinasi. Siapa Anwar, hingga begitu penting menghadiri pelbagai jemputan mesyuarat ? Siapa penaja Anwar dan apa tujuan ditaja, hingga menerbangkan Anwar ke pelbagai destinasi? Continue reading

7 Comments

Filed under Anwar & Amerika, Anwar & Yahudi